Khamis, 31 Mei 2018

BAB 4


SINGAPURA DILANGGAR TODAK.
Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. TJK telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh TJK telah ghaib.Tubuhnya itu dikatakan muncul di Langkawi. Selepas peristiwa ini, singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak. Ramai rakyat Singapura telah terbunuh.

Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan semakin ramai rakyatnya terbunuh.  Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikan budak ini menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Mereka mencadangkan budak itu dibunuh. Raja  yang meninggal dunia digantikan anaknya iaitu Raja Iskandar Syah. RIS mengahwini anak Tun Perpatih Tulus dan mendapat seorang anak bernama Raja Ahmad ataupun nama timangannya Raja Besar Muda. RBM dikahwinkan dengan Tuan Puteri Kamarul Ajaib, anak Raja Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai.

Anak bendahari raja Iskandar Syah telah dihukum canggai (sula) di pasar kerana difitnah berbuat jahat dengan orang lain. Sang Rajuna Tapa merasa sangat malu. Dia mengirimkan surat kepada Betara Majapahit meminta Majapahit menyerang Singapura dan dia bersedia untuk belot dari dalam. Rakyat Majapahit telah menyerang Singapura. Singapura dikepung selama sebulan oleh Demang mangku Negara. Bekalan makanan dikatakan telah habis. Bila rakyat Singapura telah keletihan, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kota dan Singapura telah dikalahkan.

Raja Iskandar Berlepas Ke Darat.
Raja Iskandar Syah melarikan diri ke tanah besar. Sang Rajuna Tapa dan isteri menjadi batu kerana derhaka kepada raja. Iskandar Syah cuba membuka sebuah negeri baru di Hulu Muar, malangnya ia diserbu oleh biawak. Jadi tempat itu dinamakan Biawak Busuk.  Baginda pindah ke Sungai Ujong membina kota, keesukannya kota itu menjadi buruk. Lalu dinamakan Kota Burok. Pindah pula ke Sening Ujong. Dari sini pindah lagi ke Bertam.

Membuka Negeri Melaka.
Di Bertam inilah berlaku peristiwa anjing pemburuan lari terjun ke sungai dikejar oleh pelanduk putih. Semasa peristiwa berlaku, raja sedang berehat di bawah pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan dinamakan Melaka. Raja Iskandar Syah memerintah Singapura selama 32 tahun. Selepas 3 tahun memerintah Melaka, beliaupun mangkat. Raja Besar Muda pula menggantikannya memerintah Melaka. Bagindalah raja yang pertama melantik 4 orang menteri untuk berkhidmat di balai, 40 orang bentara dan anak-anak pembesar sebagai biduanda istana.

Di zaman Raja Kecil Besar, baginda telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah mengajarkannya kalimah tayyibah dan menukarkan namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Rasulullah juga memberitahu pada waktu asar esukknya akan tiba sebuah kapal dari Jeddah. Penumpangnya akan turun solat di pantai. Selepas bangun dari tidur RKB mendapati tubuhnya berbau harum dan dia asyik mengulang sebut akan kalimah sehingga disangka oleh para dayang yang baginda telah dirasuk oleh Syaitan.

Kedatangan Islam ke Melaka.
Raja telah memberitahu Bendahara yang ia bermimpi bertemu Rasulullah. Sebagai buktinya, kalamnya kelihatan telah dikhatankan orang dan akan datang sebuah kapal pada waktu Asar nanti. Pada petang itu datanglah sebuah kapal dari Jeddah, Syed Abdul Aziz makhdum kapal itu telah turun bersembahyang di pantai. SAA telah dibawa masuk ke istana dan semua orangpun telah memeluk agama Islam. Mereka semuanya berguru pada SAA itu. Raja mengubah namanya menjadi Sultan Muhammad Syah. Bendahara bergelar Seri Wak Raja. Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Penghulu bendahari pula bergelar Seri Nara Diraja.

Baginda membuat beberpa pantang larang termasuk melarang rakyat menggunakan kain warna kuning melainkan untuk dibuat kain, baju dan destar. Rakyat juga tidak boleh berbuat rumah tiang gantung, Perahu tidak boleh bertingkap dan berpenghadapan. Tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris. Tidak boleh bergelang emas di kaki. Tidak boleh berkeroncong emas kepala perak. Barangan emas tidak boleh dipakai kecuali dianugerahkan oleh raja. Jika hendak masuk ke istana perlu memakai kain berpancung, berkeris di hadapan dan bersebai. Jika keris di belakang akan dirampas. Payung putih khusus untuk raja. Payung kuning pula untuk putera raja.

Membuang Diri Kerana Berkecil Hati.
Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri. Dia berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.

Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap isterinya itu dan dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim. Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri Nara Diraja.  Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan Melaka.

Istana Di Bawah Pengaruh Raja Rekan.
Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia masih kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana bernama Maulana Jalaluddin datang ke Melaka.

Peristiwa Rampas Kuasa.
Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu Syahid. Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang itu disangka Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.

Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara Seri Wak Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana berkebetulan Raja sudah hendak masuk kerana dia sudah lama di balai penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin. Bendahara menyangka Sultan tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa ini sangat dikesali oleh sultan. Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai penghulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...