Tun Mutahir Dijadikan Bendahara
Setelah Bendahara Putih meninggal
terdapat 9 orang yang layak untuk dilantik sebagai bendahara. Bonda Sultan
Mahmud adalah saudara Tun Mutahir. Dia telah mempengaruhi Sultan Mahmud agar
melantik saudaranya itu sebagai Bendahara. Beliau bergelar Bendahara Seri
Maharaja. Satu perangainya yang buruk ialah belaiu seorang yang kuat bergaya.
Dalam sehari enam tujuh pasang persalinannya. Bagaimanapun setelah beliau
menjadi Bendahara, Negeri Melaka semakin makmur.
Titisan keturunan Bendahara Seri
Maharaja.
Anak Bendahara Seri Maharaja sangat
ramai. Anaknya yang sulung ialah Tun Hassan Temenggung. Anaknya Tun Biajid
Rupat bergelar Seri Petam. Seri Nara Diraja iaitu kakak Bendahara Seri Maharaja
pula dilantik sebagai Penghulu Bendahari. Mempunyai 5 orang anak. Tun Abdul,
adik Bendahara Seri Maharaja pula bergelar Seri Nara Wangsa.
Peristiwa Patih Adam dengan Tun
Minda.
Patih Adam adalah Pangeran
Surabaya, dia telah bertamu ke rumah Seri Nara Diraja. Tun Minda yang masih
kecil dan baru tahu berlari-lari telah berlari-lari di depan Patih Adam. Seri
Nara Diraja sambil bergurau mengatakan Tun Minda berkata mahu berlakikan Patih
Adam.Setelah Tun Minda besar, Patih Adam telah datang semula ke Melaka bersama
40 peria untuk menuntut janji Seri Nara Diraja. Pada mulanya Seri Nara Diraja
tidak bersetuju. Pateh Adam menjalankan helah untuk menangkap Tun Minda di
rumahnya. Setelah pengawal dirasuah dapatlah dia masuk dan menangkap Tun Minda.
Tun Minda diikat dan dia sendiri menindih peha Tun Minda. Setelah semua
pengikutnya mati terbunuh, Tun Minda tidak dilepaskan. Akhirnya dapatlah dia
mengahwini Tun Minda dan kembali ke Surabaya.
Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
Setelah Bonda Raja Ahmad meninggal,
Sultan Mahmud ingin kahwin lagi. Beliau berhajat untuk mengahwini Puteri Gunung
Ledang. Laksamana dan Sang Setia disuruh meminang. Tun Mamad penghulu orang
Inderagiri juga ikut serta. Setelah sampai separuh gunung, Laksamana dan Sang
Setia disuruh berhenti.
Tun Mamat telah naik dengan 2 orang
lain. Bila sampai di had buluh perindu, beliau telah berjumpa seorang perempuan
tua dalam sebuah taman. Beliau mengaku bernama Dang raya Rani iaitu pengetua
Puteri Gunung Ledang.Tun Mamad telah menyatakan hajat Sultan Mahmod. Tidak lama
kemudian muncul seorang tua yang lain. Dia memberitahu syarat Tuan Puteri
Gunung Ledang untuk menerima pinangan Sultan Mahmud iaitu baginda dikehendaki
membina jambatan emas dan perak ke gunung Ledang dari Melaka, hati nyamuk 7
dulang, Hati kuman 7 dulang, air mata setempayan, air pinang muda setempayan
dan darah anak raja semangkuk. Bila syarat-syarat ini dinyatakan kepada Sultan
Mahmud belaiu mengaku dapat menyediakan semua permintaan kecuali darah Raja
Ahmad yang semangkuk itu.
Tepuk Berbalas, Alang Berjawat.
Sultan Nara Singa, raja Inderagiri
dijadikan menantu Sultan Mahmud. Setelah bernikah dia tidak dibenarkan balik ke
Inderagiri. Bila dapat kesempatan balik, Inderagiri telah diperintah oleh
Maharaja Isap. Bila Sultan Nara Singa balik, Maharaja Isap lari ke Lingga.
Dijadikan menantu Raja Lingga dan kemudian menggantikan mertuanya sebagai raja
Lingga.
Semasa Maharaja Isap datang
mengadap ke Melaka, Sultan Nara Singa telah menyerang Lingga. Sebaliknya bila
Sultan Nara Singa mengadap ke Melaka, Maharaja Isap pula menyerang Inderagiri
dan lekas-lekas dia ke Melaka. Di Melaka, mereka didamaikan oleh Sultan Mahmud.
Hang Nadim dititahkan ke Benua
Keling.
Hang Nadim, menantu Laksamana Hang
Tuah, telah dititahkan ke Benua Keling untuk membeli kain batik. 40
bagai, satu bagai 40 helai, 1 helai 40 jenis bunga. Beliau pergi dengan kapal
Hang Isap. Cuma 2 orang pelukis sahaja yang mampu menyediakan corak kain yang
dikehendaki oleh Hang Nadim itu. Setelah kain batik siap, Hang Nadim
segera bersiap untuk pulang.
Malangnya Hang Isap
telah berkelahi dengan seorang peniaga saiyid. Hang Isap didakwa tidak
menjelaskan semua bayarannya dan dia mengatakan kepada Saiyid itu sebagai “wali
pelir”. Kerana marah dia bersumpah bahawa Hang Isap akan karam dalam perjalanan
pulang nanti. Sumpahnya menjadi kenyataan bila kapal Hang Isap telah karam
dipukul ribut. Bagaimanapun Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri ke Pulau
Selon. Dia berjaya pulang ke Melaka dengan membawa kain 4 helai sahaja. Sultan
murka dengannya. Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia, dikebumikan di
Tanjung Keling. Dia digantikan oleh menantunya iaitu Laksamana Khoja Hassan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan