Bab I: Bismillah-Rahmannir-Rahim.
Buku dimulakan dengan memuji Allah
dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
Menjunjung Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H,
Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan oleh
Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang sebuah buku
mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan
diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud
“Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.
Penaklukan Iskandar Zulkarnain.
Raja Iskandar Zulkarnain,
berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke
arah timur, arah matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan
mengalahkan Raja Kida Hindi.
Perkahwinan Puteri Syahrul
Bariyah,
Iskandar Zulkarnain telah
mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir
dengan mas kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar
Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam
perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom
tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah
ditinggalkan di negeri Kida Hindi.
Zuriat Iskandar Zulkarnain.
Puteri Syahrul Bariyah melahirkan
seorang anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan Iskandar
Zulkarnain. Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah
kerajaan selama 355 tahun.
Perjalanan hendak menakluk
negeri Cina.
Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu
juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina,
jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam perjalanan itu, baginda
sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan
saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran
juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja
Chulan berjaya dibunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah
dikahwininya. Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke
Temasik.
Usaha Raja Suran untuk menyerang
Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk
menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk
sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga
gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum
sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu
muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.
Hendak mengetahui isi laut.
Raja Suran masuk ke dalam laut
dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika.
Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu
kehairanan melihat Raja Suran.
Zuriat Raja Suran.
Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan
menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki
iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah
menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi
Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja
Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam laut dengan menunggang
kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda mendarat di Pantai
Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara
bernama Bijaya Negara.
Salam. Terima kasih atas ilmu yang sangat berguna untuk saya yang mengambil aliran kesusasteraan melayu.
BalasPadamWslm .. Sama2 saudari. .Semoga ianya memberi manfaat kpd kita semua ..
PadamSaya suka dan mudah untuk faham jalan ceritanya.. Amaiiiizing
BalasPadamTerima kasih kerana sudi mngunjungi blog kami..
PadamJalan cerita mudah untuk kami fahami
BalasPadamTerima kasih atas komen saudari
PadamTerima kasih kerana sudi singgah di blog kami..
PadamJalan cerita yang senang untuk difaham andd nice 👍👍
BalasPadamTerima kasih atas kunjungan anda
PadamSenang utk faham Dan sangat membantu adik2 utk faham ttg sejarah melayu
BalasPadamTerima kasih atas komen anda.
Padam��
PadamTerima kasih.maklumat yang diberikan sangat membantu
BalasPadamTerima kasih kerana sudi kunjungi blog kami
PadamJalan cerita mudah untuk difahami dan tersusun... bole sy tahu,, rujukan sis utk penceritaan nii
BalasPadamSatu perkongsian yang sangat menarik. Semoga bermanfaat untuk para pelajar��
BalasPadamPerkongsian jalan cerita yang begitu menarik
BalasPadamPerkongsian yg sngt padat dan berinformasi. Good job
BalasPadamilmu yg bermanfaat.
BalasPadamtq..memudahkan saya untuk memahami cerita dlm ban ini..tq untuk ilmunya
BalasPadamterbaikk dan bermanfaat
BalasPadamSANGAT RINGKAS DAN PADAT...THANK YOU
BalasPadam