MALANG MEMBAWA TUAH.
Anak raja Tanjung Pura telah hanyut
ke pantai Begawan dan diselamatkan oleh seorang penyadap. Namanya Raden Perlan
Langu. Dia diberi nama gelaran Ki Mas Jaya. Si penyadap selalu menyatakan
bahawa Ki Mas Jaya bakal berkahwin dengan Puteri Galoh Awi Kesuma, puteri Ratu
Majapahit. Ki Mas Jaya pula menyatakan akan mengangkat si Penyadap menjadi
Patih Gajah Mada. Kebetulannya Awi Kesuma telah besar dan Patih Gajah Mada
sendiri ada mendengar bisikan dari rakyatnya yang dia sendiri akan mengahwini
puteri tersebut. Lalu Patih Gajah Mada mencadangkan supaya Awi Kesuma
berkahwin. Untuk itu segala rakyat diminta berkumpul untuk Awi Kesuma sendiri
memilih bakal suaminya.
Bakal Ratu Majapahit.
Setelah Awi Kesuma memandang Ki Mas
Jaya iapun berkenan lalu mereka dikahwinkan. Ki Mas Jaya diangkat menjadi
betara Majapahit. Si Penyadap pula menuntut Betara Majapahit menunaikan janji
untuk mengangkatnya menjadi Patih Gajah Mada. Ki Mas jaya membuka rahsia
dirinya yang dia anak raja Tanjung Pura dan tuntutan si penyadap. Atas cadangan
Patih Gajah Mada, si penyadap telah dijadikan ketua para penyadap dan diberi
gelar Patih Adi Kara. Didudukkan sama taraf dengan PGM.
Berita tentang Ki Mas Jaya sebagai
anak raja Tanjung Pura telah kedengaran kepada ayahandanya. Utusan telah
dihantar dan mereka sangat gembira melihat Raden Perlan Langu masih hidup dan
menjadi Betara Majapahit pula. Hasil perkahwinan Ki Mas Jaya dengan Raden Awi
kesuma lahirlah Raden Galuh cendera Kirana yang amat masyhur kecantikannya itu.
Telah ramai anak raja yang datang meminang tetapi tidak diterima oleh Betara
Majapahit itu.
Menjalin Muhibah
Melaka-Majapahit.
Sultan Mansur Syah juga turut jatuh
berahi pada Raden Galuh Cendera Kira itu. Satu rombongan untuk meminang ke sana
segera bertolak. Bendahara Paduka raja ditugaskan mentadbir negara. Dia ke sana
dengan diiringi oleh 40 orang “Perawangan” dan semua “Hanghang” yang sembilan
orang itu yang diketuai oleh Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah telah beroleh
gelaran Laksamana dari Sultan yang mengenang jasanya membunuh seorang orang tua
Jawa yang mengamuk di Melaka. Hang Tuah sebelum itu telah berjaya membunuh 74
orang, orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah juga diiringi
oleh raja-raja dari Inderagiri (Sultan Nara Singa), Tungkal (Raja Merlang),
Jambi (Adipati Sira Sela Sida), Palembang (Demang Mangku Raja) dan dari Lingga
(Maharaja Isak). Rombongan SMS telah sampai ke Majapahit. Pada masa itu
RajaTanjung Pura dan Kediri ada mengadap. Betara Majapahit telah
menganugerahkan 40 bilah keris kepada rombongan. Keris yang diberikan kepada
raja Kediri dan Tanjung Pura dapat dicuri semula. Keris yang diberikan kepada
Raja Melaka tidak dapat. Ini menunjukkan raja Melaka lebih cerdik dari
raja-raja yang lain.
Telatah Budak-Budak Raja Melaka.
Di Majapahit, Hang Tuah telah
mencabar Tun Bijaya Sura menunjukkan kebolehannya. Tun Bijaya Sura telah menari
di hadapan Betara Majapahit. Digertaknya anjing yang ada dibalai itu, terkejut
ketakutan dan terus lari ke hutan. Dia juga bermain “Sapu-sapu rengit”. Dalam
permainan itu dia dan pembantunya dapat duduk dan melunjurkan kaki ke arah
Betara Majaphit. Kelakuannya itu dapat dikesan oleh Betara Majapahit sebagai
mahu membalas perbuatannya yang menambatkan anjing di hadapan raja Melaka,
seolah raja Melaka itu menyembah anjing tersebut.
Tun Bijaya Sura pula mencabar Hang
Tuah naik menceroboh ke balai larangan Betara Majapahit. Hang Tuah dan
kawan-kawannya telah naik ke balai tersebut lalu segera ditombak orang. Beratus
tombak dilempar tetapi habis semuanya diparang oleh Hang Tuah. Setelah diketahui
oleh Betara Majapahit, dibiarkan sahaja oleh baginda. Mata tombak yang
beratus-ratus berkas itu diberikannya pula kepada Hang Tuah.
Kehebatan Hang Tuah telah
menjadikan dirinya kegilaan kepada perempuan-perempuan di tanah Majapahit itu.
Sehinggakan terdapat pantun dibuat orang untuk menggambarkan
kehebatan Hang Tuah tersebut. Tun Bijaya Sura telah diminta oleh Betara
Majapahit menunjukkan tariannya lagi. Dia telah menarikan “berkeliling
gelagat”. Dalam permainan ini dia telah mengayunkan sapu tangan yang
dipinjamnya dari Raja Melaka. Habis muka para penjawat Majapahit itu disapunya.
Mereka hendak marah tidak dapat kerana Tun Bijaya Sura bermain itu dititahkan
oleh Betara Majapahit sendiri.
Untuk memperkenakan Tun Bijaya
Sura, Betara Majapahit telah memberikan persalinan cara Jawa iaitu dengan
berkeris di belakang. Disuruhnya seorang pencuri mencuri semula keris itu dari
Tun Bijaya Sura ketika beliau sedang asyik melihat orang menyabung. Bila TBS
menyedari kerisnya dicuri, dia pula mencuri keris dalam puan Betara majapahit.
BM sengaja menunjukkan keris yang dicari dari TBS dengan berpura-pura untuk
menunjukkan keelokannya. TBS pula menunjukkan keris yang dicurinya. Jadi
sedarlah BM yang kerisnya sendiri juga telah dicuri oleh TBS. Jadi keris itu
dikembalikan kepada TBS dan keris kedua itu dihadiahkan kepada TBS juga.
Setelah genap kerja berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam, maka Sultan Mansur
pun dikahwinkan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
Memohon Jajahan Sebelum Kembali.
Sebelum kembali ke
Melaka, Tun Bijaya Sura disuruh Raja Melaka mintakan daerah Inderagiri. Hang
Tuah meminta daerah Siantan. Hasil perkahwinan SMS dengan RGCK, lahirlah Raden
Di Kelang. Hasil perkahwinan dengan anak Seri Nara Diraja mendapat dua anak
iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendana. Dari perkahwinannya dengan saudara Paduka
Raja yang bongsu, lahir pula Raja Hussein.
Hang Tuah Dihukum Bunuh.
Satu ketika kuda Sultan Mansur Syah
jatuh ke dalam telaga tahi. Beratus-ratus orang yang melihat peristiwa itu.
Seorangpun tidak mahu turun. Lalu Hang Tuah Terjun kedalam telaga dan menambat
kuda dengan tali. Barulah kuda dapat ditarik naik ke atas. Hang Tuah telah
dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri Nara
Diraja menjalankan hukum bunuh. Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan
hukum itu sebaliknya Hang Tuah telah dihantarkan ke dusunnya di hulu Melaka.
Dipasungkan.
Perhubungan Dengan Negeri China.
Raja benua China telah menghantar
utusan ke Melaka untuk menjalinkan hubungan persahabatan. Dihantarkan juga
hadiah seperti kain-kain sutera dan juga sebuah pilau yang sarat dengan jarum.
Jarum itu menunjukkan ramainya rakyat China. Sebagai balasan Tun Perpatih
Putih, adik bendahara Paduka Raja dihantar pula ke China. Dia membawa sagu
rendang sarat sekapal. Ragu rendang itu kononnya diambil sebiji seorang dari
rakyat Melaka lalu digelek-gelek. Raja China kagum dengan kebesaran negeri
Melaka, lalu berkenan untuk menjadikan raja Melaka sebagai menantunya.
Untuk melihat Raja China, Tun
Perpatih meminta dihidangkan sayur kangkung yang dipotong panjang-panjang.
Untuk makan dibimbit hujung kangkung itu ke atas. Jadi dapatlah mereka melihat
Raja China yang berada di atas kerusi dalam mulut naga pada mungkur
kacanya. Raja China meminta Sultan Mansur datang ke China bagi dikahwinkan
dengan puterinya. TPP menyatakan Sultan tidak dapat datang kerana ada
permusuhan. Jadi baginda bersetuju supaya puterinya itu dihantarkan ke Melaka.
Puteri Raja China Ke Melaka.
Raja China menghantarkan puterinya
bernama Hang Liu ke Melaka. Puteri itu bersama 500 dayang dan 500 pengiring
lelaki telah diislamkan oleh Raja Melaka. Puteri itu dikahwininya. Mereka
disuruh diam di Bukit China.
Bila Laksamana Lak Di Po ingin
kembali ke negeri China, Menteri Jana Putera dan Tun Telanai pula disuruh pergi
ke negeri China. Dalam perjalanan mereka terbias ke Brunai kerana ribut. Raja
Brunai juga berkirim sembah ke Melaka.
Kedal Kerana Tulah.
Selepas 2 hari menerima sembah raja
Melaka, raja China telah didatangi penyakit kedal anjing. Seluruh tubuhnya
telah menjadi gatal-gatal. Beratus-ratus tabib cuba mengubati tetapi gagal.
Sehinggalah seorang tabib tua mengatakan penyakit itu berpunca dari menerima
sembah raja Melaka.
Utusanpun dihantar ke Melaka
memohonkan air basuh kaki dari Raja Melaka. Bila air itu diminum dan
dibuat basuh muka. Penyakit kedal itupun hilang. Dengan sebab itu Raja China
bersumpah tidak lagi mahu disembah oleh Raja Melaka. Begitu juga dengan
keturunannya takut terkena tulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan