Rabu, 30 Mei 2018

BAB 2


Bab II:

Kisah bermula di Bukit Si Guntang.
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.



Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura.

Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana. Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar. Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.


Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang Lebar daun dan ingin mengahwininya.


Bersumpah Berteguh Janji.

Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah.

Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun dilansungkan.

Selepas perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak perempuan. Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.


Membunuh Ular Sakti Mona.

Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan di Minangkabau.

Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.


Mencari tempat baru untuk berbuat negeri.

Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar.  Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.

Jadi Anak angkat raja perempuan Bintan.

Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan itu. STB meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri. Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana.


Temasik dijumpai.

Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

2 ulasan:

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...