Tun Fatimah Anak Bendahara Seri
Maharaja.
Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan
laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan
dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa
saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan kerana Tun
Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun
Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan
Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara
sebagai jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.
Kekayaan Bendahara Seri
Maharaja.
Bendahara sangat kaya. Mempunyai
simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja
Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang
diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau
anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang
disembelih mereka.
Tun Hassan Temenggung Cuba
Dibeli.
Semua orang besar-besar datang ke
rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah.
Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah
menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan
memberikan 10 tahil emas.
Punca Mencetuskan Sekejam-Kejam
Hukuman.
Nina Dewa Sura telah bertelingkah
dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah
petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah
merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam
kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja
Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura
itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara
membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala
hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi
mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara
disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu
merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan
kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja.
Tamat Riwayat Tiga Orang Besar
Negara.
Sebaik menerima aduan Laksamana,
Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi
membunuh Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh
Bendahara. Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang
oleh Sutan. Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta
sepupunya Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah
tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila kahwin, segala
harta Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang Raja mahu merampas
takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan kasut emas tidak ada.
Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh. Harta
Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah
mengharamkam darah laksamana.
Bendahara Paduka Tuan (Bendahara
Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak Bendahara
Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah
tanggal dan kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara,
dia menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai
Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu
minyak wangi digunakannya.
Tun Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara Paduka
Tuan. Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang yang
diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan
membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan seekor
gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara.
Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah gajahnya.
Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana dia
membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.
Zuriat bendahara Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai antaranya
ialah Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak Tun Khoja
Ahmad bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.
Sultan Mahmud Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan Mahmud,
Tun Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga
sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud telah turun
takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke
Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.
Sultan Ahmad pula tidak kasih akan
orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa orang tertentu sahaja
seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu dan
Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba raja dua tiga
puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan