Raja Legor Gagal Menyerang
Pahang
Raja Legor yang bernama Maharaja
Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Berita ini
didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah bersetuju
menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri Maharaja telah
diarahkan ke sana. Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan bantuan
Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan oleh Legor.
Biadap Di Hadapan Bendahara.
Seorang pembesar bernamaTun
Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah
bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya
itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan
seorang dagang. Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang.
Melihat kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan
Bendahara. Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh.
Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada
Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.
Zuriat Laksamana Hang Tuah.
Laksamana mempunyai 2 orang isteri.
Isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu
Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri
Sultan Mahmud). Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara
Paduka Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang
Nadim).
Raja Petani dan Raja Kedah
dinobatkan.
Anak raja Siam Cau Seri Bangsa
telah menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah. Dia
berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah dia
menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta dinobatkan
oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah.
Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh
Sultan Mahmud.
Kebesaran Melaka Dan Kedatangan
Poortugis.
Penduduk negeri Melaka semakin
ramai hingga mencapai 19 laksa ramainya. Ramai dagang yang datang termasuklah
orang Portugis dari Goa, India. Hairan orang Melaka melihat mereka dan
dikatakan sebagai Benggali Putih. Setelah kembali ke India, dia membuat laporan
kepada wizurainya di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera dia
memerintahkan tenteranya datang menyerang Melaka. Penduduk Melaka pada masa itu
kehairanan melihat peluru meriam. Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya
dikalahkan. Alfonso mahu Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang
menyerang Melaka selagi Bendahara masih hidup. Alsonso bersumpah setelah dia
turun dari menjadi wizurai , dia akan datang menawan Melaka.
Makhdum Dipersenda Muridnya.
Satu ketika seorang pendita dari
Jeddah telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan
pembesar Melakapun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara,
datanglah Seri Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau
memang seorang yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah
memberitahunya yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis).
Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala najis). Maksudnya
dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya datang ke Melaka untuk mencari
harta. Marahlah Makhdum padanya.
Tun Mai Ulat Bulu juga telah
mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras lidah. Sebaliknya Tun Mai
Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit, nyiru
dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu mengatakan ;
begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf arab.
Bertanya satu masalah agama ke
Pasai.
Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan
ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada pendapat
mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya tidak.
Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya.
Jawapan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu diapun kembali ke
Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan