·
di dasar laut
Raja Suran pergi ke dasar laut dengan menggunakan peti kaca
untuk menguasai kawasan dasar laut dan berkahwin di dasar laut.
Contoh
petikan; raja Suran yang telah berjaya
menawan isi daratan berhasrat untuk menhetahui isi di dasar lautan pula.
Baginda pun menitahkan orang membuat sebuha peti kaca berkunci dan berpesawat
dari dalam. Setelah siap, Raja Suran pun turun ke dasar laut…” (Bab 1;
Hendak Mengetahui Isi Laut)
·
Di Bukit Si Guntang
Ketiga-tiga putera Raja Suran telah turun ke bumi dan
mendarat di Bukit Si Guntang dengan menaiki lembu jantan berwarna putih.
Contoh petikan ; “… ketiga-tiga putera Raja Suran di negeri Dika dewa dihantar ke dunia
oleh nenda mereka, Raja Aktabul-Ard sebagaimana yang dikehendaki oleh Raja
Suran dahulu dengan menaiki lembu jantan yang berwarna putih, dengan lengkap
berpakaian kerajaan. Mereka kemudiannya mendarat di Bukit Si Guntang.” ( Bab II ; Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang)
·
Di Pulau Keban
Hang Nadim yang melarikan Tun Teja ke Melaka berperang
dengan orang-orang Sultan Abdul Jamal semasa mereka bertembung di Pulau Keban.
Contoh petikan ; “Mereka berjaya menjejak kapal nakhoda Saiyid Ahmad di Pulau Keban dan sebagai akibatnya
berlakulah peperangan yang hebat antara kedua-dua pihak.” (Bab XI;
Pertempuran di Pulau Keban)
Latar
masyarakat
·
Masyarakat yang bertani/bercucuk tanam
Wan Empuk dan Wanh Malini mempunyai tanaman padi iaitu
tempat di mana tiga putera Raja Suran turun ke bumi yang menyebabkan padi
mereka berbuahkan emas.
Contoh petikan
; “mereka kemudiannya mendarat di Bukit
Si Guntang. Kedatangan mereka telah menyebabkan kawasan penanaman Wan Empuk dan Wan Malini bernyala seperti cahaya
matahari terbit dan padi mereka
bertukar berbuahkan emas…” (Bab II;
Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang)
·
Masyarakat yang setia dan taat kepada perintah raja
Rakyat yang menurut perintah raja walaupun mereka terpaksa
mengorbankan diri sendiri untuk menyelamatkan negeri.
Contoh
petikan ; “Paduka Seri Maharaja telah menitahkan rakyatnya untuk berkotakan betis
bagi menahan serangan todak tetapi perbuatan itu lebih banyak menyebabkan
kematian.” (Bab IV ; Singapura Dilanggar Todak)
·
Masyarakat yang bijak mengatur strategi
Tun Perak bijak mengatur strategi untuk menghadapi musuh
dengan membawa anak dan isteri orang-orangnya untuk berperang bagi memberi
semangat kepada mereka untuk berperang.
Contoh petikan ;
“…Tun Perak membawa orang lelaki dengan isteri masing-masing. Tujuan beliau
berbuat demikian adalah supaya orang lelaki yang dibawanya akan berperang
dengan bersungguh-sungguh.” (Bab V ; Bakat Kebijaksanaan Tun Perak)
penjelasan yang baik
BalasPadammaklumat mudah difahami. terima kasih untuk perkongsian
BalasPadam