Khamis, 31 Mei 2018

PLOT


PLOT
 

Plot merupakan urutan cerita dalam sesebuah karya. Urutan ini dapat dilihat dari segi permulaan, perkembangan perumitan, klimaks dan akhir sekali ialah perleraian. Plot juga terdiri daripada peristiwa penting yang menjadi tunggak utama dalam teks. Dalam teks Sulalatus Salatin terdapat beberapa peristiwa penting yang dapat dillihat iaitu daripada kisah Raja Suran, Hang Tuah, Sultan Mansur Syah dan sebagainya. Berikut merupakan contoh plot bagi kisah Raja Suran yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin.
Permulaan
 Bagi teks Sulaltus Salatin plotnya bermula apabila pengarang memperkenalkan nama dan keturunan Iskandar Zulkarnain. Selain itu, diceritakan juga mengenai  perkhawinan Iskandar Zulkarnain dengan Puteri Syarul Bariyah dan dikurniakan seorang anak yang bernama Aristun Syah. Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu lahirlah Raja suran. Raja Suran dikatakan sangat hebat kerana berjaya menakluki semua negeri kecuali China.
Perkembangan
Perkembangan daripada cerita ini dapat dilihat apabila Raja Suran menawan negara Gangga. Kekalah Raja Gangga Syah ditangan Raja Suran menyyebabkan puterinya iaitu Dara Segangga dikahwinkan dengan Raja Suran. Selain daripada negeri Gangga , Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu yang dimana diperintah oleh Raja Chulan.
Perumitan
Perumitan yang terdapat dalam kisah Raja Suran bermula apabila baginda menghadapi masalah yang besar. Hal ini dikatakan demikian kerana, hasrat Raja Suran yang ingin menyerang negeri China tidak berjaya. Kebijaksaan yang dimiliki oleh para pembesar China berjaya mengalahkan Raja Suran. Raja China menghantar sebuah perahu yang didalamnya terdapat orang tua-tua, pokok yang berbuah dan jarum halus yang sudah berkarat ke Temasik nagi mengambarkan bertapa jauhnya benua China itu. Raja Suran yang terpedaya dengan helah itu, membatalkan hasratnya untuk menyerang negeri China.
Klimaks
Klimaks ini bermula apabila Raja Suran telah berjaya menawan segala negeri di daratan kecuali negeri China. Maka baginda berhasrat untuk mengetahui segala isi lautan pula. Keadaan ini menyebabkan baginda menitahkan orang membuat “sebuat peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam”. Setelah siap, baginda pun turun ke dasar laut dan jatuh di Bumi yang bernama Dika yang diperintah oleh Raja Aktabu’l-Ard. Penghuni Dika ini terdiri daripada kaum Bu Sum yang sebahagiaannya beragama Islam manakala sebahagian lagi kafir. Di sana juga baginda telah dikahwinkan dengan anak Raha Aktabu’l-Ard yang bernama Puteri mahtabul Bahri. Selepas tiga tahun berkahwin baginda dikurniakan tiga orang putera yang bernama Nila Pahlawaan, Nila Utama daan Krisna Pandita. Raja Suran telah menyuruh Raja Jin Asmaghiah Peri membuat buah mahkota untuk ketiga-tiga puteranya sebagai tanf=da mereka adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
Peleraian
Tidak lama kemudian, raja Suran pun bermohon untuk kembali ke dalam dunia semula. Ketiga-tiga anaknya itu ditinggalkan kepada Aktabu;l-Ard  dan berpesan bahawa apabila anak-anaknya besar nanti agar dihantar ke dalam dunia nyata. Baginda keluar dari laut dengan menaiki kuda semberani jantan yang bernama Farasul Bahri dan mendarat di pantai Baniras.


FUNGSI LAGENDA

 



Lagenda didefinisikan sebagai cerita yang berkait dengan kisah-kisah bersejarah. Harun Mat Piah (2003), mengemukakan takrifan lebih terperinci terhadap pengertian lagenda.  Lagenda ialah cerita yang serius  yang  dipercayai sebagai benar dan juga mengandungi ciri-ciri luar biasa. Menurut Yusuff Iskandar dan Zahrah Ibrahim (1986), lagenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tertentu dan tokoh ini berkemungkinan besar hidup dalam umpamanya.
Fungsi lagenda adalah untuk  menjadi  seseorang itu dikagumi  sekali gus sikapnya pula diteladani oleh masyarakat setempat.  Hal ini dikatakan demikian kerana,  kebiasaannya watak seorang lagenda ini mempunyai kuasa luar biasa seperti hang Tuah.  Watak hang tuah dianggap sebagi supernatural kerana mempunyai sifat yang sangat berani. Hang Tuah juga menggambarkan sikap yang setia kepada sultan. Sebagai contoh,  beliau sanggup membunuh Hang Jebat kerana menderhaka kepada sultan Mansur Syah. Kesetiaan Hang Tuah kepada sultan dikagumi oleh masyarakat pada masa itu.
Seterusnya, fungsi lagenda juga adalah untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dikatankan demikian kerana, orang-orang Melayu pada zaman dahulu mempunyai fizikal yang kuat dan sukar untuk ditewaskan. Mereka juga mempunyai mental yang bagus seperti bijak dalam membuat sesuatu perkara. Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya. Baginda juga bertindak menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa buah negeri yang mempunyai kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga. Kebijaksanaan Sultan mansur Syah secara tidak langsung mengangkat kehebatan orang Melayu
Fungsi lagenda juga untuk  menceritakan salasilah raja-raja. sebagai contoh, pengarang menceritakan Raja Suran itu keturunan daripada Iskandar Zulkarnain. Kehebatan yang diwarisi oleh raja Suran melalui darah keturunannya yang hebat malah kehebatan juga diwarisi oleh ketiga-tiga anaknya iaitu Nila Pahlawan , krisna Pendeta dan Nilai utama. Raja suran berjaya menakluki hampir semua negeri kecuali China.

1 ulasan:

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...