Jumaat, 1 Jun 2018

UNSUR PHATOS


UNSUR PHATOS DALAM SULALATUS SALATIN
Maksud:
·         Istilah berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud penderitaan atau rasa kesedihan atau rasa pilu

·         Dari segi kesusasteraan, phatos merupakan unsur yang merangsangkan daya rasa kasihan
·         Menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam

Unsur phatos dalam sulalatus salatin:

·         Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi keamanan negeri
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak.
Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu terpaksa menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak ada pilihan, penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuaa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

·         Pembunuhan terhadap orang yang tidak berdosa oleh pemerintah hanya kerana faktor dendam dan benci serta fitanah. Ini bermakna tindakan pemerintah yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Buktinya dapat dilihat dalam peristiwa pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tun Jana Khatib, Tun Besar, Tun Ali Sandang dan sebagainya yang berpunca daripada rasa dendam dan benci

Pembunuhan terhadap Bendahari Seri Maharaja Tun Mutahir misalnya berpunca daripada dendam Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda terlebih dahulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Ditambah pula dengan fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendaliar dan Kitul yang memfitnah Bendahara Tun Mutahir ingin merampas takhta kerajaan Melaka.

Dalam suasana hidup yang tenang, bahagia bersama keluarga, hidup mewah dan mempunyai kedudukan Bendahara tiba-tiba berhadapan dengan malapetaka dan kemusnahan diri sendiri serta aahli keluarga tentu sekali penderitaan yang dirasai tidak tertanggung. Turut dirasai penderitaan ini ialah Tun Fatimah yang terpaksa mengahdapi kehilangan suami, ayah dan keluarga secara tragis, difitnah akan menderhaka kepada raja. Kesan kesakitan dan penderitaan Tun Fatimah diceritakan dalam sulalatus salatin bahawa Tun Fatimah tidak pernah tersenyum selama menjadi isteri sulatan Mahmud Syah.

·         Pembunuhan kejam keatas Tun Jana Khatib oleh Paduka Seri Maharaja juga menimbulkan unsur phatos kerana tidak setimpal dengan kesalahannya menilik sebatang pinang hingga terbelah dua di hadapan permaisuri Singapura. Pembunuhan akibat rasa cemburu dan tanpa alas an kukuh ini amat kejam dan menimbulkan simpati orang ramai


5 ulasan:

  1. saya sebenarnya baru mendengar tentang perkataan 'phatos' and dia dok kacau gerak otak saya sbb nk tahu apa laaa phatos ni..tapi bila dh jmpa blog awk ni..saya tahu dh apa tu phatos...nice sharing dear...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih saudari. Semoga segala perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan.

      Padam
    2. Terima kasih terhadap ilmu yg disampaikan..sy dapat menambah ilmu tentang prkataan khusus yg digunakan dlm sastera...maklumat ini amat berfaedah untk digunakan oleh individu yg memerlukan ilmu tambahan...truskan usaha...

      Padam
    3. terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. semoga apa yang anda lihat menjadi suatu ilmu yang berguna kepada anda. insha allah

      Padam
  2. Maklumat yang terdapat dalam blog ini amat berguna dan sesuai bagi proses yang dianalisis serta menjadi suatu pandangan pembacaan yang baik

    BalasPadam

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...