Sultan Mahmud Mangkat Di Kampar
Sultan Mahmud semasa sakit hendak
mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud
juga sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya :
ð Bersabar.
ð Jangan tinggalkan bendahara
dan menteri dalam sebarang urusan.
ð Berlaku adil terhadap
rakyat dan tentera.
ð Jangan mudah mendengar fitnah
(sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan dan
kemurahan raja.
Setelah Sultan Mahmud mangkat,
Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.
Bertapak Semula Di Bumi
Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin telah
berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah
kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim,
merekapun pindah ke Johor.
Berbuat negeri di Johor.
Sultan Alaudin memerintahkan
berbuat kota di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting. Laksamana Hang
Nadim duduk di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan
Raja Fatimah. Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat Meminang Dari Pahang.
Bila Sultan Pahang mengetahui
Sultan Johor telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk
meminang Raja Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara, peminangan itu
diterima.
Hasrat Sultan Pahang tercapai
Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa
segera balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu.
Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana terhadap
Peringgi. Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang
berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.
Istiadat perkahwinan Diraja
Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah:
1. Menghantar sirih dan emas
belanja.
2. Pekerjaan berjaga-jaga selama 40
hari. Pelbagai permainan dimainkan.
3. Kenduri kerbau, lembu, kambing,
itik, ayam disembelih.
4. Raja Omar diarak dengan gajah,
lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi dengan
pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan
madeli.
5. Tuan Kadi menikahkan.
6. Makan beradap-adapan.
7. Jamuan untuk tamu diawasi oleh
Temenggung dan para bentara. Bendahara santap satu hidangan
seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang bakal menjadi
raja.
Selepas Mangkat Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas perkahwinan Raja
Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun
Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat
dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja
dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Ketika itu baru berusia 19
tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail dan
bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar
pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari
Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara
Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.
Nikah Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke
rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh
berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan
Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila
Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya
raja Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil.
Raja Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh
hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat
seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian, bonda Raja
Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak
oleh Sultan Muzaffar.
Wasiat Sultan Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah hendak
mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh
Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul Jalil
pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah sebagai
anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan Seri
Nara Diraja sahaja.
Wasiat Sultan Abdul Jalil
Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah berusia 9
tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat
mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh
emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak
dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan
Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu
berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla
Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.
Tun Seri Lanang jadi Bendahara.
Bendahara Paduka Raja gering dan
meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar
Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula dari
Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak dapat
dikalahkan. Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih.
Pindah pula ke hulu Sungai Damar atau makam Tauhid. 2 kali Portugis
menyerang.
Negeri Makam Tauhid tidak dapat
dikalahkan. Bila Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan
oleh orang besar Cempa. Raja fatimah juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama
kuburan kekandanya Sultan Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula
meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja Abdullah
hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur
cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan. Raja
Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan