Khamis, 31 Mei 2018

UNSUR SASTERA



Sastera bermaksud hasil seni sama ada bebentuk karangan sama ada hikayat, puisi, buku, serta risalah yang dianggap fenomena sastera dapat dikatakan sebagai hasil-hasil kesusasteraan. Antara unsur-unsur sastera yang terkandung dalam karya ini ialah:
1)Pengarang dan tarikh penulisan Teks Sulalatus Salatin
Teks Sulalatus Salatin adalah karya yang ditulis oleh Tun Muhammad atau nama timang-timangannya Tun Sri Lanang dan bergelar Bendahara Paduka Raja.Mukadimah yang terdapat pada halaman dua dan tiga antara lain mencatatkan:
“Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”
(Halaman: 3)

Tarikh Sulalatus Salatin ditulis adalah pada seribu dua puluh satu tahun, kpada tahun Dal, pada        dua belas hari bulan Rabiulawal, kepada hari Khamis, waktuu ‘alduha..., Tarikh itu bersamaan 13 Mei 1612.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...