Jumaat, 1 Jun 2018

versi sejarah melayu


      Mitos
Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia tetapi ianya diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang telah benar-benar terjadi sama ada peristiwa yang berlegar antara kehidupan manusia, haiwan, atau alam semesta. Mitos adalah sesuatu yang menjadi kepercayaan masyarakat pada masa dahulu seperti mitos berkaitan asal-usul sesebuah tempat. Masyarakat dahulu percaya bahawa mitos itu benar-benar berlaku.
Dalam teks Sulalatus Salatin, unsur mitos antara unsur penting yang dimasukkan oleh pengarang dalam menceritakan sesuatu peristiwa. Kewujudan mitos adalah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu yang masih berada dalam pengaruh Hindu dan animism yang kuat. Pengarang menggunakan unsur mitos dalam karyanya bagi menunjukkan kehebatan raja-raja yang mempunyai kuasa yang luar biasa supaya rakyat akna hormat dan taat kepada raja pada masa itu.

Agama
Dalam Sulalatus Salatin juga terdapat unsur-unsur agama Islam yang dapat dilihat melalui amalan adat istiadat dan perundangan yang diamalkan oleh kerajaan di Melaka setelah menerima kedatangan Islam. Selain itu, permulaan cerita mengungkapkan kata-kata pujian kepada Allah SWT. Gambaran unsur Islam dalam adat isitiadat seperti mengaji, mengaji dan menghafaz al-Quran, mendirikan solat, berkhatan dan sebagainya.
3.   Asal-usul
Dalam teks Sejarah Melayu juga, pengarang ada menggunakan unsur yang berkaitan dengan asal-usul seperti asal-usul keteurunan raja-raja Melayu dan pembukaan negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, terdapat cerita yang menceritakan asal-usul puteri dari buluh betung dan puteri buih
4.   Binatang
Pengarang turut menggunakan unsur haiwan dalam karya Sejarah Melayu bagi membuktikan sesuatu peristiwa. Kebanyakan unsur haiwan ini digunakan oleh pengarang untuk menceritakna tentang asal usul pembukaan sesebuah negeri iaitu penemuan haiwan di sesuatu tempat dan ia dikaitkan dengan tempat tersebut seterusnya memberi nama kepada tempat tersebut seperti pembukaan negeri Melaka dan Singapura
Versi sejarah melayu
Terdapat lebih 29 versi Sejarah Melayu tetapi yang paling mahsyur ialah sejarah Melayu versi Shellabear. Menurut pengenalan sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang Di-Pertuan Raja Di Hilir Sultan Abdullah Mu’Ayat Syah ibni’l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad (Tun Seri Lanang) agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Sejarah Melayu mempunyai berbagia-bagai versi antaranya adalah disebabkan oleh sikap penyalin itu sendiri, percanggahna tafsiran, pengaruh istana, dan sebgainya.
1.       Versi A. samad Ahmad
Versi Sejarah Melayu terdapat dua versi iaitu yang pertama ialah gugusan yang pada mulanya diterbitkan oleh Abdullah Munsyi di Singapura pada tahun 1831. Versi ini mempunyai 34 bab dan diawali oleh sebuah mukadimah yang menyatakan bahawa yang diminta menuliskan hikayat itu adalah Tun Seri Lanang. Versi ini tersebar luas di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Gugusan ini terdiri daripada puluhan salinan yang dapat kita lihat dari Leningard/St. Petersburg , London, Manchester, Leiden , Belanda, hinggalah ke Dewan Bahasa dan Pustaka ( yang dijadikan oleh A. Samad Ahmad sebagai dasar alih aksaranya pada tahun 1979).

2.       Versi shellabear
Versi Sejarah Melayu yang kedua ialah versi Shellabear. Dalam edisi Shellabear, Sulalatus Salatin diberi mkana sebagai  ‘Peraturan Segala Raja-raja’. Versi ini hanya mempunyai dua naskhah. Naskhah pertama ialah mengandungi teks penuh yang terdapatdi Royal Asiatic Society, London, yang dikenali sebagai naskhah 18, koleksi Raffles; dan sebuha lagi merupakan salinan 1000 halaman pertama versi tersebut yang disimpan di  Perpustakaan Universiti Leiden. Versi ini mempunyai lapan bab baru yang tidak terdapat pada gugusan versi pertama yang menyambung ceritanya selepas kematian Tun Ali Hati. Susunan naskhah ini juga berbeza dengan susunan naskhah pertama.

Latar Tempat

·         di dasar laut
Raja Suran pergi ke dasar laut dengan menggunakan peti kaca untuk menguasai kawasan dasar laut dan berkahwin di dasar laut.
Contoh petikan; raja Suran yang telah berjaya menawan isi daratan berhasrat untuk menhetahui isi di dasar lautan pula. Baginda pun menitahkan orang membuat sebuha peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Setelah siap, Raja Suran pun turun ke dasar laut…” (Bab 1; Hendak Mengetahui Isi Laut)
·         Di Bukit Si Guntang
Ketiga-tiga putera Raja Suran telah turun ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang dengan menaiki lembu jantan berwarna putih.
Contoh petikan ; “… ketiga-tiga putera Raja Suran di negeri Dika dewa dihantar ke dunia oleh nenda mereka, Raja Aktabul-Ard sebagaimana yang dikehendaki oleh Raja Suran dahulu dengan menaiki lembu jantan yang berwarna putih, dengan lengkap berpakaian kerajaan. Mereka kemudiannya mendarat di Bukit Si Guntang.” ( Bab II ; Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang)
·         Di Pulau Keban
Hang Nadim yang melarikan Tun Teja ke Melaka berperang dengan orang-orang Sultan Abdul Jamal semasa mereka bertembung di Pulau Keban.
Contoh petikan ; “Mereka berjaya menjejak kapal nakhoda Saiyid Ahmad di Pulau Keban dan sebagai akibatnya berlakulah peperangan yang hebat antara kedua-dua pihak.” (Bab XI; Pertempuran di Pulau Keban)
Latar masyarakat
·         Masyarakat yang bertani/bercucuk tanam
Wan Empuk dan Wanh Malini mempunyai tanaman padi iaitu tempat di mana tiga putera Raja Suran turun ke bumi yang menyebabkan padi mereka berbuahkan emas.
Contoh petikan ; “mereka kemudiannya mendarat di Bukit Si Guntang. Kedatangan mereka telah menyebabkan kawasan penanaman Wan Empuk dan Wan Malini bernyala seperti cahaya matahari terbit dan padi mereka bertukar  berbuahkan emas…” (Bab II; Kisah Bermula Di Bukit Si Guntang)
·         Masyarakat yang setia dan taat kepada perintah raja
Rakyat yang menurut perintah raja walaupun mereka terpaksa mengorbankan diri sendiri untuk menyelamatkan negeri.
Contoh petikan ; Paduka Seri Maharaja telah menitahkan rakyatnya untuk berkotakan betis bagi menahan serangan todak tetapi perbuatan itu lebih banyak menyebabkan kematian.” (Bab IV ; Singapura Dilanggar Todak)
·         Masyarakat yang bijak mengatur strategi
Tun Perak bijak mengatur strategi untuk menghadapi musuh dengan membawa anak dan isteri orang-orangnya untuk berperang bagi memberi semangat kepada mereka untuk berperang.
Contoh petikan ; “…Tun Perak membawa orang lelaki dengan isteri masing-masing. Tujuan beliau berbuat demikian adalah supaya orang lelaki yang dibawanya akan berperang dengan bersungguh-sungguh.” (Bab V ; Bakat Kebijaksanaan Tun Perak)

Versi Sejarah Melayu

HIKAYAT MELAYU (1998)
Merupakan teks sastera sejarah versi Tengku Said. 
Teks sastera sejarah yang menyusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu sehingga kesinambungan kepada keturunan raja Siak dan teksnya juga sarat dengan unsur sastera yang bercampur gaul dengan sejarah Siak.
Mempunyai tujuan mengapa ia ditulis.
Pada bahagian mukadimahnya tidak ada langsung petikan yang menunjukkan teks ditulis untuk “tujuan menyukakan rajanya” ataupun “supaya diketahui oleh anak cucu yang terkemudian” melainkan hanyalah disebut oleh pengarang, seperti petikan berikut, “Inilah ceritera Raja Islandar Zulkarnain tertulis di dalam negeri Betawi keada 24 Julai tahun 1893”.
Teks ini juga memaparkan dengan jelas tarikh dan tempat, bila dan dimana teks Hikayat Melayu ditulis.

TUHFAT AL NAFIS (1982)
Teks Tuhfat al Nafis dikenali sebagai sastera Melayu Klasik yang berbentuk lisan atau sastera yang dicipta daripada ucapan.
Teks ini dikatakan satu naskah kuno yang tergolong dalam sastera sejarah yang dikarang oleh dua orang iaitu ayah dan anak (Haji Raja Ahmad dan Haji Raja Ali).
Raja Ali merupakan seorang intelektual terkenal di penghujung abad ke 19 yang menghasilkan karya bukan hanya sastera malah ada juga dalam bidang lain seperti agama, sejarah, bahasa dan budaya Melayu.
Teks ini telah diisalin untuk disimpan di Istana Diraja Terengganu pada pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918).
Pada tahun 1860 an teks asli Tuhfat al Nafis selesai ditulis oleh orang Bugis dalam struktur politik Melayu dan selesai disalin oleh Alwi dari kepulauan Karimun pada 6 september 1886 dan seratus tahun kemudian pada 1986 telah disalin semula oleh Tengku Ismail bin Tengku Su.
Merupakan penulisan Sejarah Istana Melayu Tradisional, karya ini  mula ditulis di Istana Kerajaan Melayu yang berpusat di Riau di bawah pengaruh Bugis.

HIKAYAT SIAK (1992)
Teks yang mengisahkan sejarah kerajaan Siak dan ditulis atas permintaan salah satu anggota keluarga kerajaan Siak.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu mengisahkan asal usul raja-raja Melayu dan menjelaskan kaitan Siak dengan Melaka serta mengisahkan kebangkitan Siak.
Manuskrip Hikayat Siak ditemui di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia Jakarta.
Manuskripnya banyak memerihalkan situasi politik Johor.
Ditulis merujuk kepada sejarah Kesultanan Minangkabau tetapi banyak menyebut tentang politik Johor lantaran penglibatan Raja Kecil.
Banyak menyentuh tentang peristiwa penaklukan Johor oleh Raja Kecil pada tahun 1718.
Keseluruhan tema teks ini adalah memberikan satu keabsahan kepada Raja Kecil sebagai keturunan warisan Kesultanan Melaka.

HIKAYAT RAJA PASAI (1987)
Menceritakan kisah raja-raja di negara Islam pertama di Asia Tenggara.
Mengisahkan masyarakat melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan jawi).
Tarikah awal hikayat ini ditulis tidak dapat dikenalpasti.
Penyelidik menyatakan teks asal teks ini ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum / Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak.
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit

UNSUR PHATOS


UNSUR PHATOS DALAM SULALATUS SALATIN
Maksud:
·         Istilah berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud penderitaan atau rasa kesedihan atau rasa pilu

·         Dari segi kesusasteraan, phatos merupakan unsur yang merangsangkan daya rasa kasihan
·         Menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam

Unsur phatos dalam sulalatus salatin:

·         Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi keamanan negeri
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak.
Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu terpaksa menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak ada pilihan, penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuaa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

·         Pembunuhan terhadap orang yang tidak berdosa oleh pemerintah hanya kerana faktor dendam dan benci serta fitanah. Ini bermakna tindakan pemerintah yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Buktinya dapat dilihat dalam peristiwa pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tun Jana Khatib, Tun Besar, Tun Ali Sandang dan sebagainya yang berpunca daripada rasa dendam dan benci

Pembunuhan terhadap Bendahari Seri Maharaja Tun Mutahir misalnya berpunca daripada dendam Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda terlebih dahulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Ditambah pula dengan fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendaliar dan Kitul yang memfitnah Bendahara Tun Mutahir ingin merampas takhta kerajaan Melaka.

Dalam suasana hidup yang tenang, bahagia bersama keluarga, hidup mewah dan mempunyai kedudukan Bendahara tiba-tiba berhadapan dengan malapetaka dan kemusnahan diri sendiri serta aahli keluarga tentu sekali penderitaan yang dirasai tidak tertanggung. Turut dirasai penderitaan ini ialah Tun Fatimah yang terpaksa mengahdapi kehilangan suami, ayah dan keluarga secara tragis, difitnah akan menderhaka kepada raja. Kesan kesakitan dan penderitaan Tun Fatimah diceritakan dalam sulalatus salatin bahawa Tun Fatimah tidak pernah tersenyum selama menjadi isteri sulatan Mahmud Syah.

·         Pembunuhan kejam keatas Tun Jana Khatib oleh Paduka Seri Maharaja juga menimbulkan unsur phatos kerana tidak setimpal dengan kesalahannya menilik sebatang pinang hingga terbelah dua di hadapan permaisuri Singapura. Pembunuhan akibat rasa cemburu dan tanpa alas an kukuh ini amat kejam dan menimbulkan simpati orang ramai


PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA


PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA (PENDIDIKAN/PENGAJARAN,KEPUASAN ESTETIK, SOSIAL,KEAGAMAAN,MORAL)
·         PENDIDIKAN
§  Kepentingan mempelajari ilmu al-Quran. Cotohnya, Tun Mai Ubat Bulu yang belajar al-Quran daripada Makhdum Sadar Jahan. Hal ini demikian kerana bagi menunjukkan bahawa amat penting untuk mempelajari ilmu al-Quran yang dijadikan suatu budaya oleh masyarakat pada zaman tersebut.
§  Kepentingan menunutut ilmu kepahlawanan. Hal ini ditunjukkan oleh watak Hang Tuah iaitu seorang pahlawan Melaka. Hal ini ditonjolkan dalam Sulalatus Salatin bagi tujuan betapa pentingnya mempelajari ilmu untuk mempertahankan diri dan negara daripada diserang dan diancam musuh. Hal ini juga dapat dilihat betapa masyarakat zaman dahulu memelihara dan menjaga keamanan sesebuah negara.

·         KEAGAMAAN
§  Unsur keagamaan dapat dilihat melalui penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka yang telah dimitoskan dengan tujuan untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja. Penceritaan tersebut memberi gambaran bahasa Islam telah berkembang di Melaka. Gelaran kepada raja juga telah berubah menjadi Sultan. Contohnya, Raja Kecil yang bermimpi disunatkan telah menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Syah.
§  Unsur keagamaan yang kedua dapat dilihat melalui tokoh-tokoh dan ulama Islam yang ditonjolkan dalam cerita Sulalatus Salatin. Hal ini dapat dilihat daripada tokoh Iskandar Dzul-Karnain yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang hebat. Hal ini demikian kerana melalui watknya yang gagah dan berani. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja-raja Melaka bagi tujuan menunjukkan keagungan raja-raja tersebut.  Tokoh yang juga ditonjolkan dalam karya ini juga ialah Nabi Khidir. Contohnya, pernikahan Raja Iskandar Dzul-Karnain dan Puteri Syarul Bariyah yang dinikahkan oleh Nabi Khidir.
§  Kedatangan Islam ke Melaka telah dibantu oleh tokoh pendakwah Islam seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf dan lain-lain. Tujuan yang ditunjukkan dalam penceritaan Sejarah Melayu ialah untuk menunjukkan kedatangan islam dan bagaiman agama Islam ini berkembang.

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU KEPADA TEKS SASTERA SEJARAH YANG LAIN SEPERTI HIKAYAT MELAYU, TUHFAT AL-NAFIS DAN LAIN-LAIN
ü  Sejarah Melayu sentiasa dirujuk oleh teks yang lain dan diangkat menjadi teks Kanon.
ü  Sejarah Melayu dilihat sebagai “Cermin” kepada “cermin” kepada teks sastera sejarah yang lain.
ü  Teks Sejarah Melayu menjadi pengaruh kepada teks lain kerana mempunyai ciri keistimewaaan tertentu iaitu melalui kaedah penulisannya, gaya bahasa da nisi kandungan.

v  Pengaruh kepada Hikayat Melayu
Ø  Faktor tarikan iaitu teks Sejarah Melayu itu sendiri merujuk kepada isi dan falsafah yang terdapat pada Sejarah Melayu.
Ø  Faktor tolakan kerana pengaruh konteks sosiologi pengarang itu sendiri.
Ø  Sejarah Melayu yang berfungsi sebagai teks adab menyebabkan ia menjadi “Cermin” kepada teks Hikayat Melayu.
Ø  Sejarah Melayu menjadi “Cermin” kepada Hikayat Melayu kerana fungsinya dan ia berkesinambungan dengan matlamat pengarang Hikayat Melayu itu menulis.
Ø  Hikayat Melayu menjadi “cermin” sepenuhnya kepada Sejarah Melayu dalam memerihalkan fungsi mitos dan lagenda.
Ø  Aspek-aspek mitos dan lagenda dikekalkan sepenuhnya dalam teks Hikayat Melayu.

BAB 15


Sultan Mahmud Mangkat Di Kampar
Sultan Mahmud semasa sakit hendak mati telah mewasiatkan Bendahara menjaga anaknya Sultan Muda. Sultan Mahmud juga sempat berpesan kepada Sultan Muda supaya :

ð  Bersabar.
ð  Jangan tinggalkan bendahara dan menteri dalam sebarang urusan.
ð  Berlaku adil terhadap rakyat dan tentera.
ð Jangan mudah mendengar fitnah (sembah orang). Siasat dahulu kerana rakyat sangat mengharapkan keadilan dan kemurahan raja.

Setelah Sultan Mahmud mangkat, Sultan Alaudin pun pindah ke Pahang semula.

Bertapak Semula Di Bumi Semenanjung.
Di Pahang, Sultan Alaudin telah berkahwin dengan anak Sultan Mansur yang bernama Raja Kesuma Dewi. Setelah kahwin, mereka pindah pula ke Johor. Dengan diketuai Laksamana Hang Nadim, merekapun pindah ke Johor.

Berbuat negeri di Johor.
Sultan Alaudin memerintahkan berbuat kota di Kuala Johor hingga ke Kuala Sungai Kerting. Laksamana Hang Nadim duduk di Bintan. Sultan mendapat dua orang anak iaitu Raja Muzaffar dan Raja Fatimah. Kedua-duanya belajar mengaji dengan Tun Kamal Wangsa.
Surat Meminang Dari Pahang.
Bila Sultan Pahang mengetahui Sultan Johor telah mendapat anak perempuan, dikirimnya utusan ke Johor untuk meminang Raja Fatimah untuk Raja Omar. Atas nasihat Bendahara, peminangan itu diterima.

Hasrat Sultan Pahang tercapai
Seri Akar Raja dan Seri Nara Wangsa segera balik memberitahu Sultan Pahang akan kesediaan Sultan Alaudin itu. Mereka juga melapurkan yang kawalan sentiasa dibuat oleh laksamana terhadap Peringgi. Angkatan Peringgi sentiasa diserang. Setelah siap, Sultan Pahang berangkat ke Johor bersama Raja Omar. Mereka diberikan sebuah istana.

Istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
Antara istiadatnya ialah:
1. Menghantar sirih dan emas belanja.
2. Pekerjaan berjaga-jaga selama 40 hari. Pelbagai permainan dimainkan.
3. Kenduri kerbau, lembu, kambing, itik, ayam disembelih.
4. Raja Omar diarak dengan gajah, lengkap dengan segala alat kebesaran kerajaan. Diiringi dengan        pelbagai alat muzik seperti gendang, serunai, nafiri, nagara dan madeli.
5. Tuan Kadi menikahkan.
6. Makan beradap-adapan.
7. Jamuan untuk tamu diawasi oleh Temenggung dan para bentara. Bendahara santap satu hidangan        seorang diri kecuali boleh ditemani oleh anak raja yang bakal menjadi raja.

Selepas Mangkat Sultan Alaudin.
Tidak lama selepas perkahwinan Raja Omar-Raja Fatimah, dikahwinkan pula Raja Muzaffar dengan cucu Bendahara, Tun Emas Jiwa iaitu anak Tun Hassan Temenggung. Kemudian Sultan Alaudin pun mangkat dan disebut orang Marhum di Johor Lama. Raja Muzaffar dilantik menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.  Ketika itu baru berusia 19 tahun. Sultan Mansur di Pahangpun mangkat dan diganti oleh Raja Ismail dan bergelar Sultan Jamal Syah.Setelah beberapa lama di Johor Lama, Sultan Muzaffar pindah ke Seluyud. Raja Omar pula menjadi benci pada isterinya yang dari Pahang, iaitu emak Raja Mansor. Ditalaknya dan dihantar ke rumah Seri Nara Diraja, sebab emak Raja Mansur adalah saudara Seri Nara Diraja.

Nikah Dalam Sunyi.
Satu hari Sultan Muzaffar pergi ke rumah Seri Nara Diraja dan dia terpandang pada emak Si Mansur dan terus jatuh berahi. Setelah muafakat dengan Bendahara dan Seri Nara Diraja, Sultan Muzaffarpun nikahlah dengan bonda Sultan Mansur secara senyap-senyap. Bila Bonda Raja Mansur hamil, Seri Nara Diraja memberitahu Raja Omar dan isterinya raja Fatimah. Kononnya dia takut memeliharakan bonda Raja Mansur sebab hamil. Raja Omar sendiri menganggap anak itu sebagai anaknya. Jadi raja Fatimah suruh hantar padanya, biar dia peliharakan. Raja Fatimah sendiri juga hamil, dapat seorang anak lelaki dinamakan Raja Abdul Jalil. 10 bulan kemudian, bonda Raja Mansur beranak dan dinamakan Raja Abdullah. Kedua-dua bayi itu diangkat anak oleh Sultan Muzaffar.

Wasiat Sultan Muzaffar Syah.
Bila Sultan Muzaffar Syah hendak mangkat diwasiatkan agar Raja Abdul Jalil dijadikan sultan. Dipangku oleh Bendahara. Ini tidak sukai oleh Raja Omar dan Raja Fatimah. Raja Abdul Jalil pula sangat erat hubungannya dengan Raja Abdullah. Rahsia Raja Abdullah sebagai anak Sultan Muzaffar Syah tidak diketahui sesiapa kecuali Bendahara dan Seri Nara  Diraja sahaja.

Wasiat Sultan Abdul Jalil Diketepi.
Raja Abdul Jalil setelah berusia 9 tahun telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Sebelum mati baginda sempat mewasiatkan agar takhta diperturunkan kepada Raja Abdullah. Ianya dibantah oleh emaknya, Raja Fatimah tetapi tidak diendahkan. Bila Raja Abdullah hendak dinobatkan Raja Fatimah mengancam mahu melarikan diri. Ini menyebabkan Bendahara terpaksa tunduk kepada permintaannya. Dia juga takut dianggap mahu berkuasa, memangku raja. Raja Omar dinobatkan dengan gelaran Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Syah. Terlalu kasihkan pula pada bendahara.

Tun Seri Lanang jadi Bendahara.
Bendahara Paduka Raja gering dan meninggal dunia. Tun Seri Lanang pula diangkat menjadi bendahara. Bergelar Bendahara Paduka Raja juga. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil pindah pula dari Seluyud ke Tanah Putih atau Batu Sawar. Diserang oleh Portugis tapi tidak dapat dikalahkan.  Malangnya ramai orang sakit dan mati di Tanah Putih. Pindah pula ke hulu Sungai Damar  atau makam Tauhid. 2 kali Portugis menyerang. 

Negeri Makam Tauhid tidak dapat dikalahkan.   Bila Laksmaana Hang Nadim mati, dia digantikan oleh orang besar Cempa. Raja fatimah juga mangkat dan dikebumikan di Seluyud bersama kuburan kekandanya Sultan Muzaffar Syah. Selang setahun kemudian suaminya pula meninggal. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil dimakamkan di Batu. Raja Abdullah hendak dinobatkan tetapi baginda menolak. Bagaimanapun oleh kerana Raja Mangsur cuai menjalankan tugas, Raja Abdullah terpaksa menjalankan tugas sultan. Raja Mangsur sekali lagi mahu pindah ke Hulu Kuala Sungai Riun iaitu di Pasir Raja.


BAB 14


Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka
Alfonso d’Albuquerque setelah turun daripada wizurai Goa telah kembali ke Portugal meminta armada untuk menyerang Melala. Dari Goa dia telah menyerang Melaka dengan 43 buah kapal. Cubaan pertama Alfonso dapat dipatahkan oleh Sultan Ahmad. Pada waktu malam, dibacakan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah untuk membangkitkan semangat perang. Dalam perang keesukan harinya, tangan sultan telah terluka.

Sultan Mahmud, Sultan Ahmad berlepas diri.
Akhirnya Portugis berjaya menewaskan angkatan Melaka. Sultan Ahmad, Sultan Mahmud lari meinggalkan Melaka. Pada mulanya ke Muar dan seterusnya ke Pahang dan akhirnya ke Johor. Di Johor berkota di Pekan Tua dan seterusnya ke Bintan. Perangai Sultan Ahmad yang tidak menghormati pembesar menyebabkan dia akhirnya disuruh bunuh oleh Sultan Mahmud. Ditanamkan di Bukit Batu.

Melantik Orang-Orang Besar Kerajaan.
Sultan Ahmad digantikan dengan Sultan Muzaffar. Sultan Muzaffar masih lagi kanak-kanak. Tun Khoja Ahmad anak Bendahara Lubuk Batu dijadikan Bendahara bergelar Paduka Tuan. Tun Abu Ishak dijadiikan Perdana Menteri bergelar Seri Amar Bangsa. Tun Hamzah anak Seri Nara Diraja dijadikanBendahari.Tun Abdul Karim dan Tun Jenal juga diberikan gelar. Bila Laksamana Khoja Hasaan mati, dia ditanamkan di Bukit Pantar dan digantikan pula oleh Hang Nadim.

Anak Raja Bakal Kerajaan.
Bila Tun Fatimah hamil dan melahirkan anak lelaki, Sultan Mahmud sangat gembira. Anak itu dinamakan Raja Ali dengan timangannya Raja Kecil Besar. Peterana dan permaidani Sultan Muzaffar diambil untuk digunakan oleh Raja Ali. Setelah genap 40 hari, acara pertabalan dijalankan. Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Alaudin Riayat Syah dan digelar juga Sultan Muda.
                                                 
Tun Ali Hati lebih rela mati.
Semasa kematian Sultan Ahmad, semua kawan-kawan Sultan Ahmad dikumpulkan oleh Sultan Mahmud dan mereka diminta taat setia pada Sultan. Semua orang lain datang kecuali Tun Ali Hati. Dia tidak datang dan minta dibunuh sahaja. Akhirnya dia dibunuh juga oleh Sultan Mahmud.

Raja Abdullah Ditawan Peringgi.
Raja Abdullah adalah pemerintah Kampar. Saudara Sultan Mahmud. Bila Sultan Mahmud kalah, Raja Abdullah cuba berbaik-baik dengan Portugis dengan harapan dia akan diangkat menjadi sultan yang baru di Melaka. Belaiu telah ditangkap, dibawa ke Melaka dan seterusnya dibawa ke Goa.

Angkatan Peringgi menyerang Bintan.
Sultan sangat mengharapkan Temenggung Seri Udani turun berperang menentang Portugis. Beliau hanya turun bila Portugis sudah di kuala, tanpa mengadap raja dahulu. Terus ke Kota Kara. Berperang dengan Portugis di situ sehingga mati.


Pusaka Dari Temenggung Seri Udani.
Temenggung sebenarnya berkecil hati terhadap Sultan kerana tidak memberikannya biaya. Hartanya yang disuratkan kepada raja hanyalah talam, periuk, belanga, bokor, pinggan, mangkuk yang telah retak dan sumbing. Budak tiga orang iaitu Si Berkat, Si Lamat dan Si Tuakal. Bila Sultan membaca surat Temenggung itu dia tertunduk sedih. Baginda segera menyuruh menghantarkan satu persalinan kepada Temenggung seperti pakaian anak raja-raja.

Membalas Kasih Raja.
Peringgi telah mengalahkan kota Kopak. Seri Nara Diraja berjaya membawa Sultan Mahmud lari. Beliau berjumpa Seri Wak Raja. Dia ikut sama. Diajaknya Seri Wak Raja membantu Raja dengan menyindir untuk membalas jasa Sultan Mahmud yang telah membunuh saudara mereka berdua (Bendahara Seri Maha Raja dan Seri Nara Diraja). Ini membuatkan Sultan bersedih. Untuk mendapatkan makanan, Seri Wak Raja terpaksa menyamun, mencuri nasi yang sedang ditanak oleh seorang perempuan.

Dari Bintan pindah ke Kampar.
Setelah Peringgi balik ke Melaka, Sultan dan rombongannya pergi ke Kampar. Di sana beliau terkejut mendengar berita Raja Abdullah yang ditangkap Portugis itu. Sultan menduduki istana Raja Abdullah. Malangnya permaisuri telah meninggal dunia di Kampar. 40 hari Sultan tiada nobat.
                         
Masalah Tiada Mempunyai Putera Lelaki.
Raja Pahang iaitu Sultan Mansur Syah (Anak Sultan Abdul Jamal) tidak mempunyai anak lelaki. Satu ketika, Raja Muhamad, raja Terengganu yang berasal dari anak raja Kelantan telah datang ke Pahang. Dia didudukkan dengan dua pupu Sultan. Dapat seorang anak lelaki. Dinamai Raja Ahmad dan dijadikan anak angkatnya. Bila sudah besar, Raja Ahmad dikahwinkan dengan anakanda baginda Raja Puspa Dewi. Dapat seorang anak dinamakan Raja Omar

BAB 13

Tun Fatimah Anak Bendahara Seri Maharaja.
Kecantikan Tun Fatimah diumpamakan laut madu, bertasik susu dan berpantaikan sakar (gula). Tun Fatimah ditunangkan dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja, sepupunya. Raja Di Baruh iaitu bapa saudara Sultan Mahmud menasihatkan supaya perkahwinan ditangguhkan kerana Tun Fatimah itu sepatutnya ditunjukkan kepada Sultan dulu, lagipun Permaisuri Tun Teja telah mati. Bendahara tidak endahkan nasihat itu. Pada hari perkahwinan Sultan datang dan dia sangat tertarik dengan Tun Fatimah dan menuduh Bendahara sebagai jahat. Sultan berdendam dengan Bendahara.

Kekayaan Bendahara Seri Maharaja.
Bendahara sangat kaya. Mempunyai simpanan emas sebanyak 6 bahara. Lebih satu bahara dari kepunyaan Raja Mendaliar, Syahbandar Melaka. Anak-anak cucunya diberikan emas, jikalau hilang diberinya yang lain. Kerbau pemeliharaannya di Kayu Ara juga banyak. Jikalau anak buahnya pergi berburu tapi tidak dapat, maka kerbau dikandang itulah yang disembelih mereka.

Tun Hassan Temenggung Cuba Dibeli.
Semua orang besar-besar datang ke rumah Ali Manu Nayan, seorang kaya di Melaka. Mereka semua diberikan hadiah. Hanya Tun Hassan Temenggung saja yang tidak datang. Ali Manu Nayan pernah menyatakan ; Kiranya Tun Hassan berdiri sahaja di hadapan kedainya, dia akan memberikan 10 tahil emas.

Punca Mencetuskan Sekejam-Kejam Hukuman.
Nina Dewa Sura telah bertelingkah dengan Raja Mendaliar. Mereka pergi berhukum pada Bendahara. Kerana hari telah petang, mereka disuruh datang keesukan harinya. Malam itu, Nina Sewa Sura telah merasuahkan emas sebanyak sebahara kepada Bendahara supaya dia menang dalam kesnya dengan Raja Mendaliar. Kitul, seorang yang ada berhutang dengan Raja Mendaliar telah pergi memberitahu Raja Mendaliar tentang perihal Nina Dewa Sura itu. Dikatakan Nina Dewa Sura merasuahkan emas 10 kati supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar dan dikatakan bahawa Bendahara telah bersetuju. Segala hutang Kitul telah dihalalkan. Pada malam itu juga, Raja Mendaliar telah pergi mengadu kepada Laksamana Khoja Hassan. Dirasuahnya dengan emas sebahara disamping permata dan kain baju yang indah-indah. Dikatanya Bendahara mahu merampas takhta kerajaan. Bendahara telahpun menempah takhta kerajaan, piu dan kaus emas. Kerana termakan pujuk, Laksamana bersedia memberitahu raja.

Tamat Riwayat Tiga Orang Besar Negara.
Sebaik menerima aduan Laksamana, Sultan Mahmud telah mengarahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara pergi membunuh Bendahara. Tun Hassan Temenggung ingin menentang tapi dihalang oleh Bendahara. Tun Hassan juga mahu membuang peti-peti emasnya, itupun dihalang oleh Sutan. Bendahara, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan suami serta sepupunya Tun Alipun dibunuh orang. Tun Abdul Karim, Tun Jenal dan Tun Fatimah tidak dibunuh. Sebaliknya Tun Fatimah dijadikan isterinya. Bila kahwin, segala harta Bendahara dibawa ke dalam. Raja mendapati tuduhan yang Raja mahu merampas takhta tidak benar kerana alatan seperti takhta, piu dan kasut emas tidak ada. Sultan jadi menyesal. Kitul telah disula dan Raja Mendaliar dibunuh. Harta Laksamana dirampas. Dia tidak dibunuh kerana Sultan pernah bersumpah mengharamkam darah laksamana.

Bendahara Paduka Tuan (Bendahara Tepok).
Paduka Tuan iaitu anak Bendahara Paduka Raja telah dilantik menjadi Bendahara. Dia sudah tua, giginya telah tanggal dan kakipun telah tepok.Bila dinyatakan dia akan diangkat menjadi Bendahara, dia menolak tapi dipaksakan juga oleh Sultan. Dia juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu. Seorang yang kuat makan dan bila mahu berjalan sepasu minyak wangi digunakannya.

Tun Biajid sasar.
Dia adalah anak Bendahara Paduka Tuan. Sasar bahasa. Bila berjalan ke pasar, diambilnya segala barang yang diperkanannya. Bendahara terpaksa menyuruh seseorang mengekori Tun Biajid dan membayar harga barangan yang diambilnya. Tun Biajid telah dihadiahkan seekor gajah oleh ayahnya. Gajah ini selalu dijual tapi ditebus semula oleh Bendahara. Bila dilihatnya gajah itu diambilnya semula konon gajah itu adalah gajahnya. Tun Biajid pernah ditambat dan dhantar kepada Raja untuk dibunuh kerana dia membunuh orang tetapi tidak dilaksanakan oleh Sultan.

Zuriat bendahara Lubuk Batu.
Anak Bendahara ramai antaranya ialah Tun Khoja Ahmad atau gelarnya Tun Pikrama dan Tun Pauh. Anak Tun Khoja Ahmad bernama Tun Isap Berakah, dia menjadi Datuk Bendahara Johor.

Sultan Mahmud Membuang Kerajaan.
Sejak diperisterikan Sultan Mahmud, Tun Fatimah tidak pernah senyum. Dia sentiasa berdukacita. Sultan Mahmud juga sangat menyesal membunuh Bendahara Seri Maharaja. Sultan Mahmud telah turun takhta dan diserahkan pada anaknya Sultan Ahmad Syah. Baginda membawa diri ke Kayu Ara dengan ditemani oleh Sang Sura.

Sultan Ahmad pula tidak kasih akan orang-orang besar. Dia hanya kasih kepada beberapa orang tertentu sahaja seperti Tun Ali Hati, Tun Mai Ulat Bulu, Tun Muhammad Unta, Tun Ali Berudu dan Tun Ali Kenyal. Orang-orang muda tiga empat belas orang dan hamba raja dua tiga puluh orang. Itulah sahaja teman-temannya.

Tun Fatimah pula bila hamil dibuangkannya. Alasannya kerana pengganti raja telah ada. Sultan Mahmud berjanji akan merajakan anaknya, barulah kandungan itu dibelanya. Malangnya Tun Fatimah hanya mendapat anak perempuan iaitu Raja Putih dan Raja Khatijah. Sultan Mahmud pula asyik belajar tasawuf dengan Makhdum Sadar Jahan.

BAB 12


Raja Legor Gagal Menyerang Pahang
Raja Legor yang bernama Maharaja Dewa Sura telah dititahkan oleh Raja Siam untuk menyerang Pahang. Berita ini didengar ke Melaka. Setelah bermesyuarat, Sultan Mahmud telah bersetuju menghantar tentera Melaka bagi membantu Pahang. Bendahara Seri Maharaja telah diarahkan ke sana. Dia juga meminta Laksamana turut sama. Dengan bantuan Melaka, Pahang tidak berjaya ditewaskan oleh Legor.

Biadap Di Hadapan Bendahara.
Seorang pembesar bernamaTun Perpatih Hitam, dia mempunyai seorang anak bernama Tun Hussin. Dia pernah bersumpah akan mengamuk sekiranya bapanya dibicarakan orang. Satu kali bapanya itu dipanggil bicara di hadapan Bendahara kerana berselisih faham dengan seorang dagang. Pada masa perbicaraan itu berlansung, Tun Hussin telah datang. Melihat kedatangan anaknya itu, Tun Perpatih hitam telah menguis tikar dihdapan Bendahara. Perlakuan ini dianggap biadab oleh Laksamana dan dia segera dibunuh. Tun Hussin yang mahu mengamuk juga dibunuh. Laksamana segera melapurkan pada Sultan dan Sultan bersetuju dengan tindakan Laksamana itu.

Zuriat Laksamana Hang Tuah.
Laksamana mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama iaitu saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok ada 3 anak iaitu Tun Sirah (Isteri temenggung Khoja Hussin), Tun Biajid dan Tun Daerah (isteri Sultan Mahmud).  Dengan isterinya yang kedua dari keluarga Bendahara Paduka Raja ada 2 orang anak iaitu Sang Guna dan Tun Emas Jiwa (Isteri Hang Nadim).

Raja Petani dan Raja Kedah dinobatkan.
Anak raja Siam Cau Seri Bangsa telah menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh Raja Sulaiman Syah. Dia berjanji kiranya dia berjaya, dia akan memeluk agama Islam. Takdir Allah dia menang. Diapun memeluk Islam. Mendirikan kota di Petani. Dia meminta dinobatkan oleh Melaka. Melaka telah menobatkannya dengan gelaran Sultan Seri Ahmad Syah. Raja Kedah juga telah ke Melaka untuk dinobatkan. Beliau juga dinobatkan oleh Sultan Mahmud.

Kebesaran Melaka Dan Kedatangan Poortugis.
Penduduk negeri Melaka semakin ramai hingga mencapai 19 laksa ramainya. Ramai dagang yang datang termasuklah orang Portugis dari Goa, India. Hairan orang Melaka melihat mereka dan dikatakan sebagai Benggali Putih. Setelah kembali ke India, dia membuat laporan kepada wizurainya di Goa iaitu Alfonso d’ Albuquerque. Dengan segera dia memerintahkan tenteranya datang menyerang Melaka. Penduduk Melaka pada masa itu kehairanan melihat peluru meriam. Bagaimanapun angkatan Portugis berjaya dikalahkan. Alfonso mahu Melaka diserang lagi tetapi Kapitan Mor melarang menyerang Melaka selagi Bendahara masih hidup. Alsonso bersumpah setelah dia turun dari menjadi wizurai , dia akan datang menawan Melaka.

Makhdum Dipersenda Muridnya.
Satu ketika seorang pendita dari Jeddah telah datang ke Melaka, beliau bernama Maulana Sadar Jahan. Sultan dan pembesar Melakapun berguru dengannya. Ketika berada di rumah Bendahara, datanglah Seri Rama. Beliau baru kembali dari meminum arak di istana. Beliau memang seorang yang kuat minum. Bila tiba di hadapan Makhdum, Makhdum telah memberitahunya yang “Al-Khamru ummul al-khabaith” (Arak itu ibu segala najis). Seri Rama pula menjawab “AL-Hamku ummul Khabaith” (Hamak itu ibu segala najis).  Maksudnya dia telah memperli Makhdum yang dikatakannya datang ke Melaka untuk mencari harta. Marahlah Makhdum padanya.

Tun Mai Ulat Bulu juga telah mempersendakan Makhdum. Puncanya dia dikatakan keras lidah. Sebaliknya Tun Mai Ulat Bulu telah menyuruh Makhdum menyebutkan perkataan seperti “kunyit, nyiru dan kucing”. Makhdum gagal menyebutnya. Tun Mai Ulat bulu mengatakan ; begitulah halnya sendiri yang gagal untuk menyebut huruf-huruf arab.

Bertanya satu masalah agama ke Pasai.
Orang Kaya Tun Muhammad dititahkan ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama tentang rezeki. Ada pendapat mengatakan ketetapan rezeki adalah sejak azali. Ada pula mengatakannya tidak. Untuk menjawab masalah itu, raja telah menyuruh Tun Hassan menyelesaikannya. Jawapan itu dipersetujui oleh Tun Muhammad. Selepas itu diapun kembali ke Melaka


BAB 11


Seri Wak Raja Dengan Gajah Pahang
Setelah Sultan Muhammad, raja Pahang yang pertama meninggal. Beliau digantikan oleh anak sulungnya yang bernama Abdul Jamal. Abdul Jamal menghantar utusan ke Melaka minta ditabalkan. Sultan Mahmud telah menghantar Seri Wak Raja ke Pahang bagi menabalkan Abdul Jamal dengan gelaran Sultan Abdul Jamal. Di Pahang, ilmu Seri Wak Raja dan anaknya Tun Umar mengenai gajah teruji. Bagaimanapun mereka berjaya.

Peri Cantiknya Paras Anak Bendahara Pahang.
Seri Wak raja telah pulang ke Melaka dan menceritakan tentang cantiknya paras anak Bendahara Pahang yang bernama Tun Teja Ratna Benggala. Ini membuatkan Sultan Mahmud berahikannya. Baginda bersumpah, sesiapa yang dapat mendatangkan TunTeja akan diberikan hadiah yang besar, sekalipun dia meminta sekerat daripada negeri Melaka. Berita ini didengar Hang Nadim. Untuk menebus dosanya, beliau segera ke Pahang.

Tun Teja Dilarikan Ke Melaka.
Hang Nadim telah berbuat baik dengan seorang perempuan tua, tukang pelulut dan juga dengan Nakhoda Saiyid Ahmad. Dengan bantuan mereka, Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja ke Melaka.

Pertempuran Di Laut Pulau Keban.
Sebaik Sultan Abdul Jamal, mendengar tunangannya dilarikan Hang Nadim, Dia segera mengejar. Hang Nadim diserang oleh angkatan Sultan Abdul Jamal. Bagaimanapun dia berjaya melepaskan diri ke Melaka. Sultan Melaka sangat gembira. Hang Nadim dihadiahkan emas dan perak yang tidak terkira. Saiyid Ahmad dijadikan bentara. Hang Nadim sendiri dianugerahkan Puteri Cau Pauk, anak raja Kelantan.

Gajah Sultan Pahang Pula Dilarikan.
Sekembalinya Sultan Abdul Jamal ke istana, dia sangat marah, dengan menunggang gajahnya yang bernama Ai Kening dilanggarnya balairung istananya sendiri. Kononnya begitulah dia akan melanggar istana Melaka. Khabar ini didengar oleh Sultan Mahmud di Melaka. Disuruhnya pula curi gajah tersebut. Laksamana Khoja Hassan telah pergi ke Pahang. Dengan tipu helahnya,  Ai Kening telah berjaya dilarikan ke Melaka.

Bersyaikh diri di Lubuk Pelang.
Sultan Abdul Jamal dengan segera memerintahkan panglima Pahang mengejar Laksamana Khoja Hassan. Mereka diketuai oleh Seri Akar Raja. Bagaimanapun usaha mereka gagal. Sultan Abdul Jamal telah turun takhta dan membawa diri bersyaik di Lubuk Pelang. Anakanda baginda bergelar Sultan Mansur Syah dirajakan.

Rahsia pembunuhan Raja Zainal.
Dia adalah saudara Sultan Mahmud sendiri. Kecantikannya tiada tara pada waktu itu. Dia menjadi kegilaan orang-orang perempun di Melaka. Bila dia berkuda, habislah gempar sekalian orang perempuan mahu melihatnya. Berebutan mereka mahu memberikan hadiah kepadanya. Mendengar hal ini, Sultan Mahmud murka dan secara senyap-senyap dia telah menyuruh Hang Berkat pergi membunuh Raja Zainal. Hebohlah orang mengatakan Raja Zainal telah mati dibunuh oleh pencuri. Hang Berkat dianggap saudara oleh Sultan dan dia diberikan gelar Sang Sura.

Sultan Mahmud Syah Serba Salah.
Satu hari isteri Sang Sura telah berzina dengan Sang Guna. Sang Sura mahu Sang Guna dibunuh. Akibatnya sultan serba salah kerana Sang Guna adalah tukang keris istana yang mahir. Bagaimanapun Sang Guna telah dihukum berkurung dalam rumah. Untuk berdiri di muka pintupun tidak dibenarkan. Tidak dibenarkan ke mana-mana. Akhirnya Sang Guna minta dikat dan diserahkan kepada Sang Sura supaya dibunuhnya sekali.

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...