TEMA
Tema bagi Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah
bertemakan politik. Mengisahkan asal-usul raja dan kerajaan Melayu yang
berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.
PERSOALAN
Menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan
Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal
ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka
barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat
negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di
Melaka.
Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada
demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke
Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud
Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan
pengampunan.
Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan
bendahara yang pintar dan bijak bermain dengan psikologi. Contohnya,
ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia
telah menggunakan kepintarannya dengan memberitahu bahawa orang Melaka
ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah
sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan
kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur
kaca di dalam mulut naga.
Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama
Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya,
sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana
tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.
Peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa
pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri
jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri
menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga
). Kejayaan Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi
kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga
,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.
Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam
mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.
Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak
menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya
dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam
kalah.
Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Sifat kesetiaan sangat penting dalam diri seseorang untuk
memperkukuhkan lagi kepercayaan pada orang lain.