LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG
Tun Sri Lanang
sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani
dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar
penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut
Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan
Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau
kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan
penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu
pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612
Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan lengkap
yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.
Mengarang Sejarah
Melayu
Tun Sri Lanang
mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih
terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya
sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan sebagai seorang yang
kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan,
peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat
dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan
rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus
Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai
sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.
Karya ini juga dianggap sebagai
karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya.
Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran,
perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang
dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan
begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik
Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri
Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh
Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat itu dikatakan
telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah,
iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus
Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada
Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat
dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut,
dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada
12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat
Shah III bersemayam di Pasir Raja.
Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba
dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang
penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai
sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya
Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan
penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan
penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah
Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang
berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak
memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya,
mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa
karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat semula pada
mukadimah yang ditulis oleh Tun Sri
Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri
Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.
Menurut Mohamad Daud
Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang pemimpin.
Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala kesan
yang lihat dan dengar di sekitarnya. Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai
“Bapa Kesusasteraan Melayu”, beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah
Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki
nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah
baik dalam isi dan sususan kata-katanya
Peranan Dan
Sumbangan
Tun Seri Lanang
telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa
Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu. Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan
Tun Seri Lanang menulis Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat
memperolehi manfaat daripada penulisan beliau. Berikut ialah bukti yang
terdapat di dalam karya tersebut, iaitu Sulalatus Salatin;
“Bahawa
hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu
dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita
dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu
daripadanya”
(Sejarah Melayu,
1998: 65-66)
Kitab ini telah
dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber
pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia.
Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei,
Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara. Terdapat berbagai-bagai
peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja,
kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan
masyarakat Melayu pada zaman dahulu.
Sejarah Melayu
menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman
keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi
pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul
raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga
menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau
kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.
Lengkap ye nota ni. Mudah untuk saya buat rujukan
BalasPadamterima kasih atas kunjungan anda ke blog saya. semoga apa yang ada dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada awk semua
Padamterima kasih kerana singgah di blog kami. Moga dapat memberi manfaat.
PadamSangat bermanfaat..
BalasPadamTerima kasih kerana mengunjung blog ini..
PadamWow, input yang menarik . Terima kasih atas perkongsiannyaa
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSama2..semoga dpt memberi manfaat kpd kita semua. .
Padamsaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian ilmu ini. sememangnya blog ini banyak membantu saya . Khususnya saya ambil aliran kmk yang jelas banyak memerlukan rujukan tambahan. Berpandukan blog ini saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya berkaitan dengan cerita dalam novel sulalatus salatin sejarah melayu..sekali lagi.. terima kasih😊
BalasPadamAlhamdulillah... Terima kasih saudari atas kunjungan anda di blog kami . moga2 isi yg disampaikan terus melekat diingtan kita sampai bila2..💛
PadamMudahh.. xpyh bli buku da huhuhu.. smua di hujung jari.. bnyk da information kt sini.. da bleh buat rujukan
BalasPadamAlhamdulillah moga² dapat perkongsian ini dapat dimanfaatkan.
PadamBanyak mudah untuk mencari tokoh yang kita minati
BalasPadamPerkongsian ilmu yang bermanfaat
BalasPadamTerima kasih
Padamsaya cari maklumst ini lama dh..tq dear..mohon copy
BalasPadamAlhamdulillah moga bermanfaat
PadamMaklumat yang amat berguna 👍🏻
BalasPadamTerima kasih semoga dapat memberi manfaat kepada saudari.
PadamPerkongsian ilmu yang sangat memberi manfaat..terima kasih
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ini. amat membantu saya di masa akan datang. syabas!
BalasPadamTerima kasih atas maklumat yang bermanfaat.
BalasPadamSangat berguna utk menyiapkan tugasan .Tahniah
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ilmu
BalasPadamNice, sangat bagus blog ni kerana ia banyak memberi maklumat yang begitu detail sekali..terima kasih Penulis Blog kerana membuat blog ni..😊
BalasPadamterima kasih atas kunjungan anda ke blog kami. semoga allah merahmatimu sentiasa
PadamTerima kasih kerana melawati blog kami. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.
BalasPadam