Rabu, 30 Mei 2018

BAB 3


Bab III

Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar menteri Aria Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mudaliar telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.

Raja dan Bendahara adik beradik.
Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar.  Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka Jegalar.  Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda.

Peristiwa Tatal Dan Menarah Kepala Budak.
Betara Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti subang kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit. Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke Majapahit.  Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang Majapahit berjaya dikalahkan.

Bila PSPW meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar sebagai bendahara.

Badang beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah.

Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura.  Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.

Kegagahan Badang diuji.
Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat separas lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke kuala.

Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak oleh Benderang.

Keesukan harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang dikalahkan.  Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu.

Tidak lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.

Mula kedatangan Islam ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.  Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun.

Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekur semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.

Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh.

Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi.  Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din.

Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.

Raja Pasai Ditipu Dan Ditawan.
Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana.

Sidi Ali Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.

Peristiwa Kerana Seorang Dayang.
Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir.

Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan  di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya.
Selepas 3 tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ

BAB 2


Bab II:

Kisah bermula di Bukit Si Guntang.
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka telah melihat puncak bukit bercahaya terang pada malam itu. Tanahnya berubah menjadi warna keemasan. Pohon padi berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu kenaikan mereka memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki di dalamnya yang dinamai Batala.



Asal raja Minangkabau dan Tanjung Pura.

Raja Minangkabau iaitu Patih Suatang telah datang ke Palembang memohon seorang anak raja Suran itu untuk dirajakan di Minangkabau. Untuk itu Nila Pahlawan atau Sang Si Perba dihantar ke sana. Penduduk Tanjung Pura pula datang dan Krisyna Pandita pula dihantar. Nila Utama pula dirajakan di Palembang dan bergelar Seri Teri Buana.


Seri Teri Buana mahu beristeri. Malangnya semua anak raja yang ditidurinya mendapat penyakit kedal. Sehingga habislah anak-anak raja yang baik dalam negeri Palembang itu. STB telah mendapat tahu akan kecantikan Radin Ratna Cendera Puri anakanda Demang Lebar daun dan ingin mengahwininya.


Bersumpah Berteguh Janji.

Sebelum berkahwin Demang Lebar Daun telah mohon diadakan perjanjian dahulu. Dia mahu anaknya itu tidak dikeluarkan dari istana kalau dia mendapat penyakit kedal setelah ditiduri Seri Teri Buana. Biarlah dia menjadi tukang masak di dapur atau tukang sapu di istana. Demang Lebar Daun juga mahu supaya raja jangan berlaku zalim dengan memalukan rakyat yang bersalah.

Seri Teri Buana pula mahu rakyat jangan derhaka kepada raja. Jikalau rakyat derhaka rumahnya akan dibalikkan, kaki tiang ke langit dan kiranya raja berlaku zalim kerajaannya akan dimusnahkan oleh Allah. Bagaimanapun setelah ditiduri Seri Teri Buana, Radin Ratna Cendera Puri tidak kedal. Jadi perkahwinan antara merekapun dilansungkan.

Selepas perkahwinan itu berlaku satu peristiwa pelik berlaku, telah hanyut di sungai buih-buih yang besar dan satu dari antaranya mengandungi seorang budak perempuan. Dia telah dijadikan anak angkat STB dan dinamakan Puteri Tanjung Buih.


Membunuh Ular Sakti Mona.

Penduduk di Minangkabau mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. SSP telah meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang Kini kepada seorang hulubalang bernama Permasku Mambang. Beliau berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu sendiri sumbing 190. Bagindapun kekallah berkerajaan di Minangkabau.

Tajitram Syah iaitu salah seorang dari keturunan Raja Suran yang telah keluar istana untuk membina empayarnya sendiri telah dilanggar ribut di tengah laut. Angkatannya musnah dan dia sendiri terdampar di Belambang Majut (Bangkahulu). Tanah Andalas, sebelah Laut Selbu. Dia dijumpai oleh Demang Kebayunan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Raden Sendari. Mendapat 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Ratna Dewi, Seri Dewi, Maniaka dan Nila Karna. Seri Dewi dikahwini putera dari Cina dan Ratna Dewi oleh putera ratu Majapahit. Berita kehadiran Tajitram Syah terdengar ke India dan para menteri dalam kerajaan Canda Kani telah datang menjemputnya balik ke Benua Keling itu.


Mencari tempat baru untuk berbuat negeri.

Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru. Selepas melewati Gunung Lingga, angkatannya telah kehabisan air minuman. Untuk mendapatkan air tawar, STB telah menyuruh mencampakkan gulungan rotan ke laut dan dia sendiri mencelupkan kakinya ke dalam air laut di tengah gelungan rotan itu. Air laut telah menjadi tawar dan tempat itu dinamakan Selat Air Tawar.  Sesampai STB di Tanjung Bintan, baginda telah dijemput oleh Wan Seri Beni ke istana dan Raden Ratna Cendara Puri dibawa ke istana bondanya iaitu Puteri Iskandar Syah.

Jadi Anak angkat raja perempuan Bintan.

Wan Seri Beni memerintah Bintan dengan dibantu oleh Menteri Bupala dan Aria Bupala. Wan Seri Beni sangat berkenan memandang STB dan RRCP. Kepada STB diserahkan kerajaannya dan STB dijadikan anak angkatnya. Seri Teri Buana menjadi raja selama 2 tahun di Bintan itu. STB meneruskan semula perjalananya. Dia bertolak ke Bengkilau dan berburu hingga ke Tanjung Sengkuang. Di sini anjng pemburuan baginda telah terjun ke laut dihambat oleh pelanduk putih. STB telah memerintahkan tempat itu ditebas untuk dibuka negeri. Bagaimanapun dari situ dia terpadang pula pantai Temasik dan ingin pula ke sana.


Temasik dijumpai.

Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda oleh ribut. Semua harta telah dibuang ke laut. Untuk meredakan ribut STB telah meletakkan mahkota baginda ke permukaan air laut. Lalu ributpun teduh. Di atas bukit di pulau Temasik STB telah terpandangkan seekur singa. Bagaimanapun singa itu ghaib apabila terpandangkan orang ramai. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaannya dibuka di situ. Wan Seri Beni menabalkan STB di situ. Pemerintahan Bintan di serahkan kepada anak Menteri Bupala yang bergelar Tun Telanai.

BAB 1


Bab I: Bismillah-Rahmannir-Rahim.

Buku dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Menjunjung Titah Raja.
Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud “Pertuturan segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.

Penaklukan Iskandar Zulkarnain.
Raja Iskandar Zulkarnain, berkerajaan di Makaduniah, Rom telah berusaha meluaskan tanah jajahannya ke arah timur, arah matahari terbit. Baginda berjaya sampai ke Benua Hindi dan mengalahkan Raja Kida Hindi.

Perkahwinan Puteri Syahrul Bariyah,
Iskandar Zulkarnain telah mengahwini Puteri Syahrul Bariyah. Perkahwinannya diakadkan oleh Nabi Khidir dengan mas kahwin sebanyak 300 ribu dinar emas. Setelah kahwin Iskandar Zulkarnain telah meneruskan pengembaraan untuk melihat matahari terbit. Dalam perjalanan pulang baginda singgah untuk mengambil isterinya pulang ke Rom tetapi diminta tinggalkan oleh Raja Kida Hindi. Jadi Puteri Syahrul Bariyah ditinggalkan di negeri Kida Hindi.

Zuriat Iskandar Zulkarnain.
Puteri Syahrul Bariyah melahirkan seorang anak bernama Aristun Syah, hasil perkahwinannya dengan Iskandar Zulkarnain. Aristun Syah menggantikan datuknya Raja Kida Hindi memerintah kerajaan selama 355 tahun.

Perjalanan hendak menakluk negeri Cina.
Dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu juga lahirlah Raja Suran. Beliau menakluki semua negara kecuali negara Cina, jadi baginda mahu menakluk pula negara Cina. Dalam perjalanan itu, baginda sempat menawan negara Gangga Negara. Raja Gangga Syah Johan dikalahkan dan saudara perempuan raja yang bernama Puteri Dara Segangga dikahwini. Raja Suran juga mengalahkan negeri Langgiu, di hulu Sungai Johor. Rajanya bernama Raja Chulan berjaya dibunuh. Anak Raja Chulan iaitu Puteri Onang Kiu telah dikahwininya.  Baginda meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke Temasik.

Usaha Raja Suran untuk menyerang Cina telah diketahui oleh Raja Cina. Baginda menghantar satu rombongan untuk menipu raja Suran. Negara Cina dinyatakan sangat jauh dari Temasik. Untuk sampai ke negara Cina seorang yang berumur 12 tahun akan menjadi tua, hingga gugurlah giginya. Besi sebesar lengan akan haus menjadi seperti sepucuk jarum sahaja. Pepohon yang dimakan kiranya ditanam akan berbuah. Mendengar tipu muslihat itu Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negara Cina.

Hendak mengetahui isi laut.
Raja Suran masuk ke dalam laut dengan menggunakan peti kaca yang berpesawat. Baginda tiba di negeri Dika. Kaumnya berbangsa Bu Sum. Setengah Islam dan setengah kafir. Kaum itu kehairanan melihat Raja Suran.

Zuriat Raja Suran.

Berjumpa Raja Aktabul Ardh dan menikahi Puteri Mahtabul Bahri. Hasil perkahwinan mendapat 3 orang anak lelaki iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Raja Suran telah menyuruh raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberikan tanda kepada anak-anaknya itu sebagai keturunan Raja Islandar Zulkarnain. Raja Suran telah keluar dari dalam laut dengan menunggang kuda semberani jantan bernama Farasul Bahri. Baginda mendarat di Pantai Baniras. Selepas itu Raja Suran kembali ke Benua Keling dan membina negara bernama Bijaya Negara.












Isnin, 28 Mei 2018

Galeri











CARTA ORGANISASI



CARTA ORGANISASI



Profesor Madya Dr Norazimah bt Zakaria
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
KOD KURSUS: BSS 3143





NAMA AHLI:
1. SITI NURHAKIMAH BT MOHAMAD DIN (D20161073281)
2. NUR ABIDAH BT RUSZIZI (D20161073273)
3.  NURUL AMIRAH BT SADRI (D20161073270)
4. SITI FARHANAH BT CHE MAT (D20161073244)
5. NOR ALIANA BT MOHD NAWI (D20161073280)







TUN SERI LANANG


LATAR BELAKANG TUN SERI LANANG

Tun Sri Lanang adalah nama timang-timangan yang diberikan kepada Tun Muhammad, anak Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17 Masihi. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau adalah Bendahara Johor pada ketika itu dan setelah Johor kalah dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Beliau kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Pada ketika itu, ramai bangsawan dan rakyat Johor yang mengikut beliau ke Aceh dan dikatakan seramai ribuan orang yang mengikut beliau ke sana. Sultan Iskandar Muda telah melantik beliau sebagai penasihat utama Baginda dan diberi delaran ‘Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang’. Beliau telah mendirikan pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh. Beliau kemudiannya telah di angkat menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama.

Tun Sri Lanang sangat dikenali oleh kerana karyanya iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.



Mengarang Sejarah Melayu

Tun Sri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan sebagai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal.

Karya ini juga dianggap sebagai karya yang begitu indah dan menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Kandungannya yang meliputi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka, dan gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain dengan begitu teliti dan kemas. Namun, ia juga tidak terlepas daripada ‘Polemik Sejarah’ kerana naskhah tersebut didakwa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tetapi kandungannya adalah daripada Hikayat Melayu yang diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak Sri Askar Raja, Patani. Hikayat itu dikatakan telah dikarang dan disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas titah Raja Abdullah, iaitu adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III yang akhirnya menjadi Sulalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.

Karya Sulalatus Salatin ini juga cuba dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya termasuk seorang penulis barat iaitu R. O. Winstedt. Namun, pendapat beliau di bantah oleh ramai sarjana tempatan dan luar Negara. Menurut Teuku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Sulalatus Salatin. Walaupun begitu, menurut beliau berdasarkan penyelidikan-penyelidikan yang dibuat menunjukkan bahawa penyalin naskhah Melayu itu bukanlah penyalin dalam erti kata yang sebenarnya seperti mana yang berlaku di Bali. Penyalin juga boleh dianggap pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih, serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal bersesuaian dengan keadaan pada zaman itu. Jika dilihat semula pada mukadimah yang ditulis  oleh Tun Sri Lanang dalam kitab Sulalatus Salatin, Teuku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan sekadar penyalin bahkan merupakan penulis asal karya tersebut.



Peranan Dan Sumbangan

Tun Seri Lanang telah mengarang sebuah karya yang menjadi rujukan dan peringatan bagi bangsa Melayu, iaitu Kitab Sejarah Melayu. Pada tahun 1612, Raja Abdullah menitahkan Tun Seri Lanang menulis Sejarah Melayuadalah untuk memastikan masyarakat dapat memperolehi manfaat daripada penulisan beliau. Berikut ialah bukti yang terdapat di dalam karya tersebut, iaitu Sulalatus Salatin;
            
“Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti`adatnya supaya dedengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sejarah Melayu, 1998: 65-66)

Kitab ini telah dikatakan sebagai Sejarah Melayu yang penting, dan telah menjadi sebagai sumber pensejarahan Melayu dan dokumen kebudayaan Melayu yang penting di Malaysia. Sejarah Melayu penuh dengan pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa serta bangsa-bangsa di Nusantara. Terdapat berbagai-bagai peristiwa yang telah tercatat dalam karya ini seperti salasilah raja-raja, kepahlwanan, kasih sayang dan sebagainya yang menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.

Sejarah Melayu menggambarkan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya diruntuh oleh Portugis. Isi ceritanya mengandungi pelbagai catatan raja dan undang-undang bernegeri dan berkerjaan, asal usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Sejarah Melayu juga menggambarkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai dan Singapura.

Menurut Mohamad Daud Mohamad (1987: 123), Tun Seri Lanang juga seorang artis, seorang pemimpin. Perasaannya halus, jiwanya terbuka dan otaknya cepat menangkap segala kesan yang lihat dan dengar di sekitarnya. Tun Seri Lanang telah dianggap sebagai “Bapa Kesusasteraan Melayu”, beliau telah menyalin dan menyusun semulaSejarah Melayu dan membuat banyak perubahan, menambah nama yang kurang, memperbaiki nama yang buruk sehingga buku itu dijadikan sebuah buku klasik yang amat indah baik dalam isi dan sususan kata-katanya

            

TEMA DAN PERSOALAN DALAM SULALATUS SALATIN


TEMA
Tema bagi Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin adalah bertemakan politik. Mengisahkan asal-usul raja dan kerajaan Melayu yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.



PERSOALAN
Menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di Melaka.

Bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan pengampunan.

Kepintaran Bendahara Melaka.
Contoh: Bendahara Melaka iaitu Tun Perpatih Putih merupakan bendahara yang pintar dan bijak bermain dengan psikologi. Contohnya, ketika Tun Perpatih Putih dihantar oleh Sultan Mansur Syah ke Benua China dia telah menggunakan kepintarannya  dengan memberitahu bahawa orang Melaka ini makanannya adalah sayur kangkung jangan dikerat-kerat, dibelah sepanjang-panjangnya. Disebabkan kepintarannya menggunakan kelicikan dan kebijaksanaannya menyebabkan dia dapat melihat rupa Raja China di dalam mungkur kaca di dalam mulut naga.

Kepimpinan Melalui Teladan.
Contoh: Sultan Alaudin Ri’ayat Syah sendiri turun bersama Hang Isak dan Hang Siak menangkap pencuri yang semakin berleluasa di negerinya, sedangkan bendaharanya Seri Maharaja tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak berkawal pada malam hari dan menyebabkan pencuri masuk ke dalam negeri.

Peperangan dan penaklukan antara dua negeri
Peperangan yang terjadi ini melibatkan kuasa-kuasa pemerintahan pemimpin yang bijaksana sehingga bukan sahaja menawan negeri jajahan tetapi juga menawan anak isteri. Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga menawan anak isteri Maharaja Isak ( Raja Lingga ). Kejayaan  Raja Inderagiri ( Raja Nara Singa ) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.

Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentang musuh.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai kebijaksanaan dalam mempertahankan negeri daripada ancaman musuh.

Sebagai contoh, sewaktu Siam menyerang Melaka, Tun Perak menyuruhkan semua anak dan isteri pahlawan untuk turun sekali berperang supaya dapat menaikkan semangat tentera Melaka untuk menghadapi Siam dan akhirnya Siam kalah.

Kesetiaan pengikut terhadap tuannya
Sifat kesetiaan sangat penting dalam diri seseorang untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan pada orang lain.

Contohnya, Sidi Ali Ghiatuddin dan Sidi Samayuddin yang setia kepada tuannya iaitu Sultan Malik al-Zahir dan Sultan Malik al-Mansur sehingga Sultan Malik al-Mansur mangkat di sebelah kubur Sidi Samayuddin kerana terlalu menyayanginya

versi sejarah melayu

        Mitos Mitos adalah suatu unsur dongeng atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang tidak dapat diterima oleh logic akla manusia t...