Masyarakat yang taat setia pada raja.
Contoh, titah baginda “Baik tempat ini diperbuat negeri,
anjing alah oleh pelanduk, jikalau orangnya betapa lagi?” maka sembah orang
Besar-besar, “benarlah seperti titah duli tuanku itu.” Maka disuruh baginda
tebas, diperbuat negeri. Peristiwa ini menunjukkan taat setia dan patuh akan
Raja Iskandar Syah.
Masyarakat yang bijak dalam menggunakan peluang yang ada.
Contoh: Hang Nadim yang bijak menggunakan peluang yang ada
demi menebus kesalahannya kepada Sultan Mahmud Syah. Beliau telah pergi ke
Pahang untuk menculik Tun Fatimah untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mahmud
Syah. Beliau berjaya dan ini telah menyebabkan beliau dianugerahi emas dan
pengampunan.
Masyarakat yang menghormati budaya dan adat kaum lain.
Contoh: Raja Kedah yang datang ke Melaka. Di Melaka, sultan
Melaka dan menteri – menteri tidak makan bersama Bendahara Seri Maharaja. Hal
ini demikian kerana apabila sudah selesai Bendahara Seri Maharaja makan, maka
barulah sultan Melaka dan segala menteri makan. Ini merupakan budaya dan adat
negeri Melaka. Sultan Kedah juga turut mengamalkannya apabila baginda berada di
Melaka.
Masyarakat yang beperangan.
Buktinya, Raja Inderagiri menghancurkan Lingga sehingga
menawan anak isteri Maharaja Isak (Raja Lingga). Kejayaan Raja Inderagiri
(Raja Nara Singa) ini pun menjadi kesayangan Sultan Mahmud Syah. Kejayaan Raja
Nara Singa menawan kerajaan LIngga ,maka Raja Nara Singa telah menjadi suatu
kebanggaan bagi Sultan Mahmud Syah.
Masyarakat yang bercucuk-tanam.
Sebagai contoh, dua orang perempuan balu berhuma padi,
terlalu luas humanya adalah namanya seorang Wan Empuk dan seorang Wan Malini.
Terima kasih cikgu, baru saya tahu banyak betul nilai masyarakat yg ada di dalam Sejarah Melayu
BalasPadamSama-sama. Terima kasih juga kerana sudi melawati blog kami. Moga ilmu yang dikongsikan dapat digunakan untuk pembelajaran.
Padam