NILAI
1) NILAI TAAT SETIA
Kesetiaan Hang Nadim kepada
Sultan Mahmud Syah.
Hang nadim telah dititahkan
oleh Sultan Mahmud Syah untuk menculik Tun Teja iaitu tunangan kepada Sultan
Abdul Jamal. Hang Nadim telah bersetuju untuk membawa lari Tun Teja apabila
Sultan Mahmud Syah menitahkan bahawa sesiapa yang berjaya membawa Tun Teja ke
Melaka, beliau akan diberi anugerah dan dihapuskan dosanya. Hang Nadim telah
berangkat ke Pahang dengan menumpang balok Nakhoda Saiyid Ahmad.
“barang
siapa membawa anak Bendahara Pahang itu ke mari, apa yang dikehendakinya kita
anugerahi akan dia ; dan apa pun dosanya tiada kita bunuh.”
Demi kesetiaanya kepada raja dan ingin dihapuskan dosanya,
Hang Nadim sanggup ke Pahang dan merasuah seorang pelulut tua untuk melulut Tun
Teja. Hang Nadim juga sanggup merampas Tun Teja daripada tunangannya sendiri.
Pada waktu dinihari, Tun Teja telah dibawa lari tanpa pengetahuan sesiapa.
“Setelah hampir dinihari, pada
ketika orang sedap tidur, maka oleh si pelulut dibawanya Tun Teja keluar;”
2) NILAI KERJASAMA
Kerjasama antara Hang Nadim dan pelulut serta hang nadim
dan Nakhoda.
Hang Nadim telah bekerjasama dengan si pelulut untuk
melulut Tun Teja. Hang nadim telah memberi rasuah kepada pelulut tua dan
menyuruh supaya pelulut merasuah orang dalam istana. Apabila si pelulut tua itu
telah melulut Tun Teja, kerja untuk membawa lari Tun Teja senang kerana mereka
menaiki jong Nakhoda Sayyid Ahmad. Hal ini pula menunjukkan bagaimana Hang
nadim bekerjasama dengan kawan akrabnya iaitu nakhoda Ahmad. Oleh itu, tiada
siapa pun yang mengetahui bahawa Tun Teja telah dibawa lari.
3) NILAI BIJAKSANA
Hang Nadim bijak dalam
mengatur strategi.
Kebijaksanaan Hang Nadim dapat dilihat apabila beliau bijak
dalam mengatur strategi untuk membawa lari Tun Teja. Hal ini demikian kerana
Hang Nadim telah pun menyuruh pelulut tua untuk terlebih dahulu melulut Tun
teja bagi memudahkan urusan mereka. Pada waktu malam, Hang Nadim telah menyuruh
si pelulut untuk mengemasi penunggu pintu. Menjelang dinihari, Tun Teja dibawa
oleh si pelulut untuk diserahkan kepada Hang nadim. Hang nadim telah melakukan
strategi yang berkesan dengan dibantu oleh Sayyid Ahmad untuk pulang ke melaka.
Keberkesanan strategi ini telah membantu beliau membawa lari Tun Teja
4) NILAI KASIH SAYANG
Kasih
sayang dapat dilihat melalui hubungan Sultan Mahmud Syah yang menyayangi Sang
Sura seperti saudaranya dan menyayangi Sang Guna kerana dia merupakan tukang
keris yang mahir. Sultan Mahmud Syah memujuk Sang Gunaa untuk tidak membunuh
Sang Sura yang telah berzina dengan isterinya sebaliknya berjanji untuk memberi
hukuman sekatan keluar dari rumah kepada Sang Sura.
Contoh
petikan;
“Perkara tersebut
telah menyebabkan timbulnya rasa serba salah di pihak Sultan Mahmud kerana
selain menyayangi Sang Sura, Sultan Mahmud juga menyayangi Sang Guna yang
merupakan seorang yang mahir sebagai tukang keris. Untuk mengatasi masalah itu
Sultan Mahmud bertemu dengan Sang Sura untuk memujuknya supaya tidak membunuh
Sang Guna. Sultan Mahmud berjanji untuk memberi hukuman sekatan keluar rumah
terhadap Sang Sura.” (Sultan Mahmud Syah Serba Salah; Sulalatus Salatin)
PENGAJARAN
1) Kita janganlah mengkhianati permaisuri
Sebagai orang bawahan, kita mestilah
menghormati dan mentaati orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita. Hal
ini kerana, apabila kita mengkhianati kepercayaan yang diberikan
sudah tentu kita tidak akan diberikan kepercayaan lagi. Tambahan pula, sikap
khianat kepada permaisuri ini sudah tentu akan dikenakan hukuman
yang berat dan boleh menjatuhkan maruah kita sendiri.
Sebagai contoh :
‘setelah hampir
dinihari, pada ketika sedang sedap orang tidur, maka si pelulut dibawanya Tun
Teja keluar, maka penunggu pintu pun membukakan pintu, dan Hang Nadim pun telah
adalah menanti di luar, perahu pun telah hadir di pangkalan, maka Tun Teja pun
disuruh oleh si pelulut keluar’ (m/s 228).
Petikan di atas menunjukkan mengenai sikap
seorang pelulut yang telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh
permaisuri iaitu Tun Teja kepadanya. Sikap khianat ini digambarkan
melalui sikapnya yang telah memberi bantuan kepada Hang Nadim untuk
melarikan Tun Teja dari Melaka. Keadaan ini menyebabkan sultan Abdul Jamal
murka.
2) Kita janganlah mempunyai sikap
tamak
Sikap tamak yang ada dalam diri
boleh menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia
mendapat ganjaran. Sikap sedemikian tidak seharusnya ditanam kerana boleh
mendatangkan pelbagai masalah di kemudian hari seperti disisihkan atau dibenci
oleh orang sekeliling.
Sebagai contoh :
‘setelah hari
malam, maka Hang Nadim pun memanggil si pelulut, disuruhnya emasi segala
penunggu pintu Bendahara Pahang. Maka si pelulut itu pun pergilah
mengemasi segala penunggu pintu, maka sekaliannya itu pun setialah dengan Hang
Nadim’. (m/s 228)
Petikan dia atas memaparkan dengan jelas
sikap tamak yang ada dalam diri pegawai-pegawai negeri Pahang. Sikap tamak mereka
menyebabkan mereka sanggup bersubahat dengan hang Nadim untuk melarikan Tun
Teja dari Pahang.
3) Kita
mestilah bijak dalam mengatur strategi
Strategi memainkan peranan penting dalam
melakukan sesuatu perkara. Hal ini kerana,perancangan yang sistematik dapat
membantu seseorang mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu,
perancangan yang baik juga dapat mengelakkan sesuatu perkara yang tidak
diingini daripada berlaku
Sebagai contoh :
‘maka oleh Hang
Nadim tangan bajunya diisinya pasir, maka dihamburkan ke air, bunyinya seperti
orang menebar jala. Hang Nadim minta bukai batangan pada penunggu batangan,
setelah didengar oleh penunggu batangan bunyi orang menjala maka dibukanyalah
batangan itu. setelah lepas ketiga lapisnya maka Hang Nadim pun berkayuhlah
sungguh-sungguh, setelah sampailah ke jong Nakhoda Saiyid Ahmad, maka oleh Hang
Nadim dibawanya Tun Teja naik ke jong itu. (m/s 228)
Petikan di atas menunjukkan
kepada kita semua bahawa Hang Nadim telah mempunyai perancangan yang rapi dalam
melarikan Tun Teja. Perancangan yang telah dibuat itu telah berjaya sama
seperti apa yang telah dirancang.
3) Kita mestilah menjauhi sifat dengki
Kita perlu menjauhi sifat hasad dengki supaya tidak
menimbulkan kemudaratan terhadap orang lain. Sebagai contoh, Sultan Mahmud Syah
tidak menyenangi sifat adindanya iaitu Raja Zainal kerana budi pekerti dan rupa
parasnya yang elok sehingga baginda memerintahkan hambnaya untuk membunuh Raja
Zainal seperti dalam petikan
“Adinda Sultan Mahmud Syah, Raja
Zainal mempunyai budi pekerti yang mulia dan keelokan rupa parasnya hingga
digilai gadis-gadis di Melaka. Keadaan tersebut tidak disenangi oleh Sultan
Mahmud Syah kerana baginda berpendapat keadaan itu membinasakan Melaka.
Sehubungan dengan itu, baginda memanggil tiga orang hamba kepercayaannya untuk
membunuh Raja Zainal…” (Rahsia Pembunuhan Raja Zainal; Sulalatus Salatin)
Terima kasih atas perkongsian yang berguna ini. Mohon salin. Maklumat yang dikongsi adalah bermanfaat. Cara perkongsian adalah baik dan mudah untuk dicari maklumat.
BalasPadamTerima kasih juga. Moga dapat memberi manfaat
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian blog yg sgt berguna! Kini sy boleh gunakan sbagai rujukan stpm saya 💖
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih. Moga dimanfaatkan
PadamTahniah dan terima kasih atas maklumat tentang sejarah melayu yang sangat lengkap dan bermanfaat.
BalasPadamTerima kasih dan semoga bermanfaat
Padamterbaik dan tahniah
BalasPadamTerima kasih
Padaminformasi yang berguna sebagai rujukan
BalasPadam