UNSUR KEMANUSIAAN
DALAM SULALATUSALATIN
Kemanusiaan bermaksud hal-hal mengenai manusia atau
sifat-sifat manusia. Sifat-sifat manusia itu meliputi hal-hal yang baik dan
murni iaitu sifat yang dituntut sebagai suatu yang seharusnya dimiliki oleh
seorang yang bernama manusia kerana kelebihan kejadian sifat manusia yang
dianugerah akal dan budi disamping nafsu. Kemanusiaan juga dilihat dari sudut
sifat-sifat yang berlawanan atau bertentangan atau sesuatu yang jahat dan
buruk. Dalam konteks perbincangan ini, unsur kemanusiaan akan dilihat dari
kedua-dua sudut di atas.
Dengan lain
perkataan, unsur kemanusiaan dilihat dari sudut;
1. Sifat-sifat
positif atau nilai-nilai baik, murni yang mengutamakan nilai kemanusiaan.
Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti adil, berbudi bahasa, berjasa,
bertimbangrasa,nasihat menasihati atau
pengajaran.
2. sifat-sifat
negatif atau yang jahat dan buruk yang mengenpikan nilai-nilai kemanusiaan.
Termasuk dalam sifat-sifat ini seperti sifat kejam dan gangs, perasaan dendam
dan iri hati, pemarah dan emosinal, curang (belot), tamak haloba, cemburu dan
zalim.
Meneliti unsur-unsur
kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i. Perbuatan atau tingkah laku.
ii. Kata-kata atau dialog watak.
Kedua-dua sudut di
atas biasanya akan melibatkan golongan raja dan pembesar-pembesar kerana
peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat
"istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas
dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam
hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur
kemanusiaan dalam konteks perbincangan di sini akan berkait secara langsung
dengan penglibatan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan
pemerintahnya.
KEMANUSIAAN YANG
POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)
1. Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang
beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh
sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah
sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.
Antara Sultan
Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur
Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu
baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam
alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."
ii. Sultan
Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan
bertanggungjawab. Baginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi
mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh
pembesar-pembesar negeri dengan tujuan mengatasi masalah kecurian di Melaka.
iii. Raja Kecil
Besar juga seorang pemerintah yang digambarkan sebagai "Terlalu adil
baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". (SM, hal. 83)
"Sultan
Muhammad itu selama di atas kerajaan terlalu sekali adil baginda memeliharakan
segala manusia."
2. Sifat dan
kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka
Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia
mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peribadinya kerana enggan menolong
Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu
enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila ditanya
oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah
sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi
Bendahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah datang memohon maaf
dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;
"Maka
Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana
kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu
kepada saya sekalian." .
3. Berjasa dan
Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat
dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta
berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa
bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam
bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan
pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.
3.1. Jasa bakti
Tun Perak sewaktu angkatan Siam menyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan
sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak menyekat kemaraan Siam
serta serangan Siam hingga menyelamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah
mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di
lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan
peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai
Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun)
tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan
Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri
Nara Diraja Tun Ali.
Tun Perak
seolah-olah membawa diri ke Kelang dan dilantik sebagai Penghulu Kelang.
Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun
Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap
terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan
berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi
"haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahlawan
daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan
Siam.
3.2. Jasa bakti
Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang
panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya
tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguhpun beliau telah diperlakukan
secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan
berpegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads
rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksanakan segala titah raja.
Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri
demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela
kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah mengembalikan maruah Sultan Mansur Syah
telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatatkan;
"Maka terlalu
sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya
dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar
"Laksamana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja,
didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)
3.3. Jasa bakti
Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam
kerana berhasil menjalinkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat
penghargaan Sultan;
"Maka baginda
pun terlalu sukacita, serta memberi persalinan Tun Telanai dan Menteri Jana
Putra, dan akan segala utusan Siam itu."
4. Sifat
bertimbangrasa atau diplomasi
Sifat ini jugs
sangat jelas dalam beberapa tindakan yang dibuat terutamanya oleh pihak
pemerintah yang menentukan sesuatu dasar atau tindakan. Dengan wujudnya sifat
kemanusiaan yang murnii ini, beberapa perkara buruk yang melibatkan kemusnahan
dapat dihindari.
4.1. Raja Iskandar
Zulkamain sewaktu menyerang Neged Kida Hindi telah bedaya menawan negeri
tersebut. Raja Kida Hindi telah dilslamkan, begitu juga dengan segala pembesar
dan rakyatnya. Puteri Raja Kida Hindi telah di Islamkan dan dijadikan
isterinya. Tindakan Raja Iskandar jelas mengandungi nilai-nilai kemanusiaan
yang sangat mulia kerana pada kebiasaannya dalam peperangan, negeri yang kalah
bermakna rajanya terpaksa turun takhta. Tetapi kerana kemanusiaan, Raja
Iskandar terus "membenarkan" Raja Kida Hindi memerintah dan
membimbing baginda kepada agama yang diredhai.
4.2. Keputusan
yang dibuat oleh Sultan Muzaffir Syah menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu
adalah suatu tindakan yang amat diplomasi bagi menyelesaikan persengketaan dua
orang pembesar yang berpengaruh di Melaka waktu itu. Sifat timbangrasa Sultan
yang sekaligus mengorbankan kepentingan diri demi untuk keutuhan kerajaan
dibawah pemerintahannya itu telah membawa suatu kejayaan yang amat besar dalam
survival politik Melaka seterusnya. Kerana hasil daripada sifat bagindalah telah
mententeramkan pergolakan dalaman yang seterusnya memberi kekuatan dan kesatuan
di kalangan pembesar dan pengikut daripada kedua belah pihak (pihak Tun Perak
dan pihak Seri Nara Diraja). Malah dengan keputusan yang penuh diplomasi itu
juga telah memberi "laluan" kepada seorang tokoh pembesar yang sangat
berkelibar iaitu Tun Perak untuk menduduki tempat Bendahara. Dan ini jelas
terbukti daripada peranan yang disumbangkan oleh Bendahara Paduka Raja Tun
Perak sewaktu memegang jawatan tersebut.
4.3. Sultan
Alauddin Riayat Syah adalah terkenal dengan sifat-sifat adil dalam membuat
keputusan yang wajar demi untuk menjaga keamanan Melaka. Dengan tindakan
baginda, telah memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat. Tindakannya telah
memberi kesedaran kepada pembesar‑pembesar negeri
yang bertanggungjawab dalam soal-soal keselamatan untuk bekerja dengan lebih
bersungguhsungguh bagi mengembalikan keamanan dan menjamin keadaan aman
berpanjangan dengan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Tindakan yang
tegas dan peraturan yang sistematik telah dilaksanakan pada masa pemerintahan
Sultan Alauddin Riayat Syah bagi menjamin raja-raja di negeri jajahan Melaka
tidak menggunakan kuasa secara berleluasa serta bagi memastikan raja-raja itu
melaksanakan pemerintahan dengan penuh keadilan dan saksama.
4.4. Sultan Mahmud
Syah walaupun terkenal sebagai seorang raja yang kejam dan tidak
berperikemanusiaan, namun dalam usianya meningkat tua, dengan pengalaman yang
semakin bertambah luas, baginda boleh membuat pertimbangan yang lebih wajar.
Di waktu usianya semakin bertambah, baginda telah insaf dan timbul kesedaran
bahawa sesuatu tindakan atau keputusan yang akan dibuat seharusnya mendapat
persetujuan hasil daripada muafakat dan perbincangan dengan pembesar-pembesar
yang lebih tua, lebih berpengalaman. Sebab itulah apabila mengetahui bahawa
anakandanya Raja Ahmad mengenepikan menteri-menteri yang tua, Sultan Mahmud
bertindak membunuh anakandanya. Baginda juga amat menyesal dengan
keterlanjuran membunuh Bendahara Seri Maharaja dan keluarga yang temyata tidak
berdosa. Sebagai tanda penyesalannya, baginda turun dari takhta clan
menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berkhalwat di Hulu Melaka.
5. Memberi Nasihat
dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah
dituntut dalam mengatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan
kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai
penunjuk ajar, memberi pengajaran kepada yang lebih muda dengan harapan
tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat
berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat
di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan
hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan
unsur nasihat dan pengajaran.
5.1. Wasiat Sultan
Alauddin Riayat Syah
Wasiat
padapembesarnegeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian
akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja
Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu
akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu
akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan
pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggalkan pekerjaan dunia,
hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan
segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan
dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan
tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu
binasa."
6. Keimanan dan
Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan
mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah
Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini
diceritakan terutama dalam episod-episod seperti ;
6.1. Raja dan
pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari
Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada
Makhdum Sadar Jehan.
6.2. Kerajaan
Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman
mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang melakukan
kesalahan mencuri.
UNSUR KEAGAMAAN
Penceritaan
mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan dengan tujuan
untuk mengagungkan Islam dan menunjukkan keistimewaan raja itu sendiri.
Penceritaannya memberi gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka,
bermula dari istana Melaka dan terus berkembang di kalangan rakyat jelata. Raja
Melaka pertama beragama Islam ialah Raja Kecil Besar atau Sultan Muhammad Syah.
Gelaran Sultan diguna pakai setelah Raja Melaka memeluk Islam.
Unsur Islam juga
dapat dilihat daripada penyebutan dan penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama
Islam.
Antaranya Iskandar
Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani
dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul
keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja
Melaka.
Tokoh-tokoh lain
yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah,
tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin
menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah
disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas
(Cetera 1).
Tokoh-tokoh
pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang
ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat
di istana Melaka. Tokoh-tokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu
Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan
dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama
dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan.
Unsur Islam dalam
Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan
yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah
kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya
Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat
melalui adat berkhatan.
Menjadi suatu
amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat meninggalkan wasiat kepada pembesar
negeri dan putera mahkota. Misalnya wasiat kepada Raja Ahmad (timang-timangan
Raja Hussain) (Sulalatus Salatin, hlm. 171-172) dan wasia`t Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah kepada Sultan Mahmud (Raja Mamad) (Sulalatus Salatin, hlm.186-187).
Melalui wasiat, banyak didapati unsur pengajaran dan nasihat yang bersumberkan
al-Quran dan hadis.
Unsur Islalm dalam
Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya
Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat
Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk
menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus
Salatin, hlm. 268-269)
Penceritaan dalam
Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi
atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai
estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang
Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini
jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun
Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab;
Ma yarji'u al-taffu 'ainnahu
'inda ru'yatihi, Hatta yu' ada i-laiya al-taffa musytaqu,
yakni tiada akan
berkelip kelopak mata tatkala melihat dia, hingga berkelip kepadanya kelopak
mata, makin bertambah dendam juga, adanya. (Sulalatus Salatin, hlm 251 )
Sulalatus Salatin
juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana
igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi
sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana
dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan
menuntut ilmu.
Ulama-ulama,
guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar
Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana Yusuf mengajar tasawuf. Sultan
Mahmud turut belajar ilmu agama.
Kitab-kitab agama
seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar
di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga
tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait
ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang
ilmu-ilmu keislaman.
Unsur Islam dalam
Sulalatus Salatin juga tergambar melalui teknik penulisannya. Mukadimah
Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahir-rahmanir-rahim...
Dalam mukadimah
disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa
Melayu. Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam
karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cetera, pengarang menutupnya
dengan ayat "Wa'llahu a'lamu bi's-sawab, wa illaihi 'Imarji'u wa
'l-ma'ab." .Hanya pada akhir cetera ke XV sahaja diakhiri dengan ayat
" Wa'llahu a'lam."
Terdapat juga
struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat
yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi
digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan
Iain-Iain
Terima kasih atas perkongsian ilmu
BalasPadam👍👍👌
Padamterima kasih dan terbaik
BalasPadamAlhamdulillah semoga bermanfaat
PadamBhoaa yalah
Padam